DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 17 Ogos 2021.
Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh dan sepuluh yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.
Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan
2. Presiden Joe Biden menegaskan beliau kekal dengan pendiriannya untuk mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan dan menolak kritikan mengenai keputusan tersebut.
Lebih 700 pemohon Visa Imigran Khas (SIV) meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam, menjadikan jumlah individu yang dipindahkan di bawah program SIV itu hampir 2,000 orang, kata Brigedier Jeneral Tentera Amerika Syarikat (AS) William Taylor kepada wartawan.
Di tengah kejatuhan kerajaan Afghanistan, 22 pesawat tentera serta 24 helikopter membawa 548 askarnya menceroboh ruang udara Uzbekistan dua hari lalu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai tinggi Uzbekistan pada Isnin.
Presiden Emmanuel Macron berjanji bahawa Perancis tidak akan meninggalkan rakyat Afghanistan yang bekerja untuk negara itu dan yang terancam dengan kejatuhan pemerintah serta pengambilalihan Taliban.
Thailand akan melanjutkan sekatan termasuk perintah berkurung malam selama tujuh jam di Bangkok dan 28 wilayah hingga akhir bulan ini, memandangkan kes COVID-19 masih tinggi.
Turki membenarkan penerima vaksin COVID-19 Sinovac mendapatkan vaksin Pfizer sebagai tambahan.
Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech menyerahkan laporan ujian klinikal peringkat awal kepada pengawal selia Amerika Syarikat untuk minta kelulusan penggunaan dos penggalak vaksin COVID-19.
Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 1,419 mangsa, pada awal pagi Selasa.
Sekurang-kurangnya 74 orang terkorban dan 47 yang lain dilaporkan hilang akibat banjir dan tanah runtuh melanda wilayah Laut Hitam Turki, lapor Xinhua memetik kenyataan agensi bencana kebangsaan pada Isnin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami