awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
15:50 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 15 September 2021.
1. 3 maut, 60 cedera gempa bermagnitud 6.0 landa Sichuan
Tiga orang disahkan meninggal dunia manakala 60 yang lain dikejarkan ke hospital selepas gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Luxian di bandar Luzhou, wilayah Sichuan.
2. Putin jalani kuarantin kendiri, selepas kenalan dijangkiti COVID-19
Presiden Rusia Vladimir Putin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti COVID-19.
3. COVID-19: Qatar mula beri suntikan dos penggalak
Qatar pada Rabu memulakan pemberian suntikan dos penggalak kepada individu berisiko tinggi yang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 lebih lapan bulan lalu.
4. Iran bakal beri vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak, remaja
Iran akan memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 18 tahun dalam masa dua minggu lagi.
5. Gempa bumi sederhana landa Sichuan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Sichuan, China pada 4.33 pagi tadi.
6. AS, UK, Australia gabung kemampuan keselamatan
Presiden Joe Biden umum Pakatan Kerjasama Keselamatan baharu bersama United Kingdom dan Australia. Pakatan dikenali sebagai AUKUS ini akan beri tumpuan kepada rantau Indo-Pasifik.
7. AS rancang sistem baharu untuk perjalanan antarabangsa
Sistem baharu ini, menurut Penyelaras Tindak Balas Koronavirus White House Jeff Zients, akan merangkumi pengesanan kontak rapat apabila negara itu memansuhkan sekatan kelak.
8. COVID-19 | Angka korban global lebih 4.65 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.65 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 665 ribu kes.
9. COVID-19 | 91% pelajar 12-17 tahun di China lengkap vaksin
China sudah memberikan vaksin COVID-19 lengkap kepada 91 peratus pelajar berusia 12 hingga 17 tahun. Media tempatan melaporkan, di sebalik kadar vaksinasi tinggi pihak berkuasa menggesa sekolah untuk tetap berwaspada dengan ancaman wabak itu.
10. United Kingdom | PM Johnson rombak Kabinet
Perdana Menteri Britain merombak barisan Menteri Kanan Kabinet dengan melantik setiausaha luar wanita pertama daripada partinya. Rombakan diumum Boris Johnson ketika kerajaannya perlu menumpukan kepada usaha menangani ketidaksamarataan pasca COVID-19.
Topic Berkaitan
#Australia
#Amerika Syarikat
#Iran
#Qatar
#Rusia
#United Kingdom
#China
#Boris Johnson
#Joe Biden
#Vladimir Putin
#COVID-19
#vaksin
#gempa bumi
#Sichuan
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan