awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS rancang sistem baharu untuk perjalanan antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
01:13 MYT
AS rancang sistem baharu untuk perjalanan antarabangsa
Rakyat Amerika perlu percaya bahawa sistem baru untuk perjalanan antarabangsa ini adalah lebih selamat, kata Jeff Zients. - Gambar fail
AMERIKA Syarikat sedang merangka sistem baharu untuk perjalanan antarabangsa.
Sistem baharu ini, menurut Penyelaras Tindak Balas Koronavirus White House Jeff Zients, akan merangkumi pengesanan kontak rapat apabila negara itu memansuhkan sekatan kelak.
Bagaimanapun, jelas Zients, negara itu belum bercadang melonggarkan sekatan perjalanan buat masa ini disebabkan penularan varian Delta yang semakin meningkat.
Katanya, sistem baharu itu bagi memastikan perjalanan antarabangsa lebih selamat seterusnya membenarkan kemasukan lebih ramai pelancong.
"Rakyat Amerika perlu percaya bahawa sistem baru untuk perjalanan antarabangsa ini adalah lebih selamat walaupun ketika itu kita membenarkan lebih ramai pelancong masuk.
"Kita sedang meneliti cadangan mempertimbangkan keperluan vaksinasi untuk warga asing yang memasuki Amerika Syarikat," kata Zients di Washington pada Rabu.
Sistem baharu itu akan merangkumi pengumpulan data pengesanan kontak rapat daripada penumpang yang tiba di negara itu bagi membolehkan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menghubung mereka sekiranya terdedah kepada COVID-19.
Zients turut menjelaskan, sistem baharu itu akan menggantikan sekatan semasa dan ia "lebih selamat, lebih kuat dan lestari."
Beliau turut berkata, kadar vaksinasi penting di Amerika Syarikat dan di negara lain.
Sehubungan itu syarikat berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan digesa mewajibkan pemberian vaksin kepada pekerja dengan segera.
Sekatan perjalanan ke Amerika pertama kali dikenakan sejak Januari 2020 susulan COVID-19 dikesan di China.
Topic Berkaitan
#Jeff Zients
#perjalanan antarabangsa
#mansuh sekatan perjalanan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan