DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 19 September 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 19 September 2021.
Bintang tinju Manny Pacquiao pada Ahad mengumumkan bahawa dirinya akan bertanding sebagai calon Presiden dalam pilihan raya pada tahun depan, selepas sebelum ini sering menyuarakan isu rasuah dalam kerajaan selain tentang hubungan Presiden Rodrigo Duterte yang 'rapat' dengan China.
China kemuka tiga cadangan selesai isu Afghanistan
2. Presiden China Xi Jinping mengemukakan tiga cadangan untuk membantu menyelesaikan isu Afghanistan antara lain, menggalakkan kestabilan peralihan situasi di Afghanistan bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan menerusi saluran politik.
Lapan orang lemas manakala tujuh yang lain masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbalik di sebatang sungai di wilayah Guizhou, barat daya China pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan.
Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu.
Isteri kepada seorang pemimpin parti politik utama di India meninggal dunia selepas dia diserang oleh sekumpulan monyet di bandar Kairana pada 9 September lalu.
KIRA-kira 3,000 berkumpul di ibu kota Croatia, Zagreb, pada Sabtu bagi membantah sekatan COVID-19 yang di berjalan di negara itu.
KOREA Utara didakwa dalam proses meluaskan loji pengayaan uraniumnya di Kompleks Nuklear Yongbyon.
LEBIH 5.88 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.
VIETNAM meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 jenis Abdala yang dihasilkan di Cuba.
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 228 juta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami