DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 15 Oktober 2021.
Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.
Malaysia tegas tidak mahu Jeneral Myanmar hadir sidang kemuncak ASEAN - Saifuddin
2. Malaysia kekal berpendirian tidak mahu ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing menghadiri sidang kemuncak ASEAN yang akan diadakan dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Menurut kenyataan Kementerian Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, peraturan baharu itu dikenakan untuk pemegang lesen yang menyediakan perkhidmatan media sosial atau rangkaian sosial di Pakistan.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi dikesan pada 8.8 darjah selatan dan 158.4 darjah timur dengan kedalaman 27km.
Jumlah potensi perdagangan dan pelaburan itu diperoleh menerusi 14 memorandum persefahaman (MoU), tiga surat niat (LoI) dan dua memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani 14 syarikat Malaysia.
Menurut jurucakap Angel Urena, bekas pemimpin berusia 75 tahun itu dimasukkan ke Pusat Kesihatan Irvine University California bagi menerima rawatan sepsis dipercayai disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Seorang Ahli Parlimen Konservatif United Kingdom (UK) maut selepas ditikam beberapa kali menggunakan pisau ketika mengadakan pertemuan di sebuah gereja di daerah Leigh-On-Sea di Southend West.
Panel penasihat luar bagi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat akan bertemu akhir bulan depan untuk membincangkan kelulusan ubat antiviral Merck & Co.
Pengembara lengkap dua dos vaksin yang tiba di England dari negara-negara berisiko rendah tidak perlu lagi menjalani ujian saringan COVID-19 mulai 24 Oktober ini.''
Selepas dua belas hari, akhirnya bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya 'bertemu' anak sulung mereka, Aryan Khan menerusi panggilan video.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami