ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Oktober 2021.
1. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel perluas penempatan haram
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata peluasan penempatan haram itu jelas membuktikan semakin banyak tanah dan harta yang menjadi hak milik rakyat Palestin dirampas.
2. Korea Selatan bakal lancar garis panduan 'Hidup Bersama COVID-19'
Bermula 1 November, sekatan waktu perniagaan beberapa kemudahan awam termasuk restoran dan kafe, akan ditarik balik kecuali kelab malam.
3. Tergantung cemas di luar kondo, gara-gara wanita sengaja potong tali keselamatan pekerja baik pulih
Seorang penghuni sebuah kondominium di Thailand bertindak memotong tali sokongan dua pekerja yang sedang melakukan kerja baik pulih di luar bangunan, gara-gara berang tidak diberitahu tentang kehadiran mereka.
4. Banduan lari dari penjara selama 29 tahun, akhirnya serah diri sebab tiada kerja akibat pandemik
Seorang banduan berusia 64 tahun yang diburu selama hampir 30 tahun sejak melarikan diri dari hukuman penjara, akhirnya menyerah diri kepada pihak polis berikutan perintah sekatan pergerakan di Sydney membuatkannya kehilangan kerja dan tidak mempunyai rumah.
5. Sidang kemuncak G20 diadakan dengan protokol keselamatan ketat
Sidang kemuncak ekonomi Kumpulan 20 (G20) bakal membuka tirainya di Rom, Itali dengan protokol keselamatan yang ketat, bermula dengan Mesyuarat Bersama Menteri-menteri Kewangan dan Kesihatan G20 pada Jumaat.
6. Tujuh cawangan bank swasta Myanmar diletupkan
Letupan berlaku ketika meningkatnya kebimbangan bahawa bank swasta negara itu mula memindahkan maklumat pelanggan mereka kepada kerajaan tentera.
7. Siar kritikan dalam media sosial, Vietnam penjara lima wartawan
Kelima-lima wartawan itu menubuhkan sebuah kumpulan dengan nama Kewartawanan Bersih pada Ogos 2019 di Facebook dan saluran YouTube. Ia dibubarkan selepas seorang daripada mereka ditangkap pada akhir 2020.
8. Salah satu lantai mozek terbesar dunia ada di Palestin
Pihak berkuasa Palestin pada Khamis mendedahkan buat pertama kalinya salah satu lantai mozek yang terbesar di dunia di bandar Tebing Barat, Jericho selepas bertahun-tahun kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.
9. Jepun sediakan suntikan penggalak kepada semua
Panel kementerian kesihatan Jepun pada Khamis bersetuju mengenai rancangan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 dos ketiga, atau suntikan penggalak kepada semua penduduknya yang telah menerima dua dos vaksin.
10. Kes Dadah | Anak Shah Rukh Khan diikat jamin
Mahkamah India pada Khamis membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan, 23 tahun, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah.
Astro Awani
Fri Oct 29 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Israel teruskan operasi di selatan Lubnan
Operasi itu antara lain bertujuan melindungi rakyat Israel daripada ancaman pasukan pejuang itu.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.