DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 November 2021.
Gara-gara sikap manusia yang kejam dan tidak berhati perut, seekor anak gajah mati selepas dua hari dirawat selepas separuh belalainya terpaksa dipotong akibat terkena perangkap pemburu gading di Sumatera.
China, AS komited kerjasama tangani perubahan iklim
2. China menetapkan sasaran yang mega iaitu mencapai puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.
Fatimah Omar Mukhlis yang dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru disahkan negatif COVID-19. Perkara itu dikongsi menerusi Instagram keluarganya, @thefamily.uk yang turut memaklumkan si comel itu kini dalam keadaan stabil.
Ahli-ahli politik yang telah dipilih oleh pengundi untuk menjalankan tugas mereka di Latvia tidak dibenarkan berkhidmat dan menerima gaji jika mereka belum mendapat vaksin COVID-19 atau pulih daripada jangkitan virus itu mulai Isnin ini.
Emad Al Swealmeen, 32, yang terbunuh dalam kejadian itu, dipercayai memasuki kenderaan terbabit dan meminta untuk dibawa ke hospital berkenaan.
Berlin jadi negeri terbaru di Jerman yang menghadkan akses ke restoran, pawagam, muzium dan konsert kepada warganya yang menolak vaksin atau baru pulih daripada COVID-19.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.1 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 763,000 kes.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 253.7 juta berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Dos vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa melebihi 7.49 bilion. Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.38 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Hujan lebat yang turut mengakibatkan banjir di selatan Mesir telah meragut tiga nyawa. Keadaan cuaca buruk itu turut menyaksikan lebih 500 individu dimasukkan ke hospital selepas disengat kala jengking.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami