awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2021
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 November 2021.
1. Bandar di India larang jual makanan bukan 'vegetarian' di gerai
Empat pertubuhan sivik telah mencetuskan kontroversi apabila melarang penjualan makanan bukan vegetarian di tepi-tepi jalan di Gujarat, barat India.
2. Selepas anak ditahan kerana dadah, ini permintaan khas Shah Rukh Khan kepada syarikat produksi
Shah Rukh Khan minta kerjasama pihak produksi untuk menyusun jadual yang membolehkannya bertemu keluarga selang beberapa minggu untuk beberapa hari.
3. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 254.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 254.2 juta. Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
4. COVID-19 | Angka korban global melebihi 5.113 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.113 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 765,000 kes.
5. COVID-19 | Pfizer mohon kelulusan kapsul Paxlovid dari USFDA
Pfizer Incorporated kemukakan permohonan kepada pihak berkuasa kawal selia Amerika Syarikat untuk meluluskan penggunaan kecemasan kapsul anti-viral COVID-19 yang dibangunkannya.
6. Isu Nuklear Iran | AS & China perlu harmonikan pendirian tentang Iran
Presiden Amerika Syarikat dan Presiden China dilaporkan berbincang bagaimana mengharmonikan semula pendirian mereka menjelang rundingan nuklear tidak langsung dengan Iran. Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 itu dijadual disambung semula 29 November ini.
7. Politik Myanmar | Aung San Suu Kyi dikenakan tuduhan tambahan
Junta Myanmar mengenakan tuduhan tambahan ke atas pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi. Suu Kyi sebelum ini didakwa dengan tuduhan penipuan dalam pilihan raya.
8. AS, China perlu harmonikan pendirian tentang Iran
Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 itu dijadual disambung semula pada 29 November ini.
9. Ujian peluru berpandu antisatelit Rusia ancam keselamatan
Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace mengkritik ujian peluru berpandu antisatelit Rusia kerana ia menunjukkan pengabaian sepenuhnya terhadap keselamatan dan kestabilan di angkasa lepas.
10. Sara Duterte sertai Marcos Jr sebagai pasangan regu Pilihan Raya Presiden Filipina
Segala teka-teki berkaitan dengan politik di Filipina akhirnya terjawab selepas Sara Duterte disahkan bakal berganding bahu dengan Ferdinand Marcos Junior untuk pasangan Pilihan Raya Presiden tahun depan.
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Sara Duterte
#berita pilihan
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan