ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 2 Disember 2021.

1. Dua kes import di Singapura 'positif' ujian awal bagi varian Omicron COVID-19

Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember) didapati 'positif' dalam ujian awal bagi varian Omicron COVD-19.

2. Varian Omicron: VTL darat Malaysia-Singapura tidak terjejas - Hasni

Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat, akan ditutup semula susulan ancaman varian Omicron COVID-19.

3. Penemuan Baharu | Spesies baru dinosaur ada ekor pemotong unik

Spesies baharu dinosaur bersaiz anjing dan mempunyai senjata ekor pemotong yang unik ditemukan di Chile. Saintis berkata, sesetengah dinosaur mempunyai ekor berduri yang boleh digunakan sebagai senjata tikam dan yang lain mempunyai ekor panjang dan bulat.

4. Angka migran dunia meningkat sehingga tiga kali ganda sejak 1970 - IOM

IOM menambah bahawa jumlah pendatang antarabangsa boleh meningkat dua juta tahun lepas jika pandemik COVID-19 tidak meletus.

5. Doktor didenda tersilap potong kaki pesakit

Sebuah mahkamah Austria mendenda seorang doktor selepas dia tersilap memotong kaki seorang pesakit warga emas, kata seorang jurucakap sebuah tribunal di bandar Linz pada Rabu.

6. Wanita maut ditembak depan rumah di Tak Bai

Seorang suri rumah maut selepas terkena tembakan di depan rumahnya di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

7. Varian Omicron: Arab Saudi sahkan kesan kes pertama

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed Al-Abdulaali berkata, kes berkenaan dikesan daripada seorang warganya yang pulang dari sebuah negara di Afrika utara.

8. Cicak betina miliki dua kepala, tiga mata

Seekor cicak betina yang mempunyai dua kepala menjadi tumpuan ramai selepas seorang pemilik akaun Instagram berkongsi video tentang keistimewaan yang ada pada reptilia itu baru-baru ini.

9. Tertembak kru penggambaran: Alec Baldwin menegaskan tidak memetik picu pistol

Pelakon terkenal Hollywood, Alec Baldwin menegaskan bukan beliau memetik picu pistol yang telah melepaskan peluru hidup serta meragut nyawa kru penggambaran filem 'Rust'.

10. Vaksin COVID-19: 8.03 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.5 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.