ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Januari 2022.

1. Indonesia mahu selesaikan masalah sempadan dengan Malaysia tahun ini

Rundingan mendalam bagi menyelesaikan isu sempadan antara Indonesia dan Malaysia akan dipertingkatkan pada 2022 berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.

2. Rakyat Malaysia di Kazakhstan disaran segera berhubung dengan kedutaan - Saifuddin

Rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan, dinasihatkan untuk segera berhubung dengan kedutaan ekoran keadaan yang tidak menentu di negara itu ketika ini.

3. OIC seru henti keganasan di Kazakhstan

OIC dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan di negara itu dan turut bersedih di atas puluhan orang yang terkorban serta kerosakan harta benda akibat keganasan.

4. Konflik Kazakhstan: White House pantau tindakan CSTO hantar pasukan pengaman

White House memaklumkan ia sedang memantau dengan teliti laporan bahawa Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) menghantar pasukan pengamannya ke Kazakhstan, yang ketika ini dilanda protes berdarah.

5. Jangan anggap Omicron ringan, ia masih boleh membunuh - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tidak ambil mudah dengan varian Omicron atas alasan ia juga berisiko untuk menyebabkan korban.

6. COVID-19: Duterte arah tangkap individu tidak divaksinasi

Individu yang belum mengambil vaksin akan ditangkap sekiranya mereka ingkar kepada arahan tinggal di rumah. Itu tegas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di mana langkah itu diambil selepas jangkitan baharu COVID-19 di negara itu kian meningkat.

7. COVID-19: Chile negara pertama tawar suntikan dos keempat

Program suntikan tambahan itu akan bermula minggu depan, menurut pengumuman dibuat Presiden Sebastian Pinera, di tengah-tengah penularan varian Omicron.

8. Konflik Kazakhstan | White House pantau tindakan CSTO hantar pasukan pengaman

White House memaklumkan ia sedang memantau dengan teliti laporan bahawa Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) menghantar pasukan pengamannya ke Kazakhstan, yang ketika ini dilanda protes berdarah. Kata Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki, persoalan timbul dari pihaknya sama ada tindakan CSTO itu adalah melalui permintaan yang sah atau tidak.

9. Tempoh selang masa 10 hari untuk umrah kedua

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan tempoh selang masa selama 10 hari untuk pengeluaran permit antara dua umrah melibatkan kesemua kumpulan umur jemaah.

10. Indonesia pertahan keputusan hentikan sementara eksport arang batu

Pejabat Eksekutif Presiden Indonesia menjelaskan bahawa keputusan Presiden Joko Widodo mengenakan larangan eksport arang batu telah dibuat selepas mengambil kira kepentingan negara serta usaha kerajaan menghadapi cabaran krisis tenaga global.