ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Januari 2022.
1. Miliki 'walkie-talkie', Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara empat tahun
MAHKAMAH Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi atas beberapa kesalahan.
2. Kebakaran: 19 maut termasuk 9 kanak-kanak di New York
Sekurang-kurangnya 19 individu termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di New York City.
3. COVID-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui
Para saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.
4. COVID-19: Sekatan dikembalikan di India susulan kenaikan kes
Peningkatan jangkitan COVID-19 di India, dengan 159,632 kes baharu direkodkan pada Ahad, mendorong beberapa kerajaan negeri mengenakan sekatan baharu.
5. COVID-19: Tempoh kuarantin di UK kini lima hari
Tempoh kuarantin akibat COVID-19 di United Kingdom yang dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari dapat membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama.
6. Perbincangan dua hala AS-Rusia mungkin temui jalan buntu
Susulan konflik di Ukraine dan keadaan di Eropah pasca-Perang Dingin, Amerika Syarikat dan Rusia mengadakan perbincangan kritikal.
7. Tragedi bot Tanjung Balau: Hasil siasatan agensi keselamatan Indonesia berjaya lakukan tangkapan
Usaha pengumpulan maklumat, pengawasan dan siasatan berterusan pihak berkuasa Indonesia membuahkan hasil apabila agensi keselamatan menahan beberapa lelaki tempatan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
8. "Nama saya Kovid, saya bukan virus"
Apa ada pada nama? Bagi seorang pengasas start-up pelancongan India, Kovid Kapoor, nama telah menjadikannya sensasi di media sosial.
9. Thailand tempat 'terbaik untuk bersara' di Asia
Thailand dinamakan sebagai antara "25 Tempat Terbaik untuk Bersara" oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.
10. Pelakon Bob Saget meninggal dunia
Pelakon komedi Hollywood Bob Saget dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Astro Awani
Mon Jan 10 2022

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Januari 2022.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemergian Bob Saget: "Anda buat dunia ketawa dengan jenaka mu!" - Jim Carrey
Pelakon sitkom "Full House" Bob Saget, 65, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.