ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 25 Disember 2022.
1. Pelancong lengkap vaksin, walau tanpa dos penggalak boleh masuk ke Abu Dhabi
Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan maklumat baharu tentang syarat kemasukan ke Abu Dhabi, iaitu pelancong asing yang sudah lengkap dua vaksin tidak lagi perlu menunjukkan bukti sudah mengambil dos penggalak untuk melintas masuk ke bandar raya itu.
2. 23 warga Australia dalam kapal penghantar bantuan kecemasan ke Tonga positif COVID-19
Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran bantuan kecemasan ke Tonga, disahkan positif COVID-19.
3. Gaji asas pekerja pembersihan di Singapura cecah RM10,000 sebulan pada 2028
Gaji bulanan asas yang baru saja diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif bagi sektor itu.
4. Turki dilanda ribut salji
Ribut salji membadai Turki selepas pihak berkuasa meteorologi negara itu memberi amaran bencana salji yang dahsyat.
5. AFCON: 6 terkorban, 40 cedera dalam rempuhan di stadium
Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dalam kejadian rempuhan di luar perkarangan stadium semasa perlawanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Cameroon pada Isnin.
6. Papua Barat | 19 maut selepas pergaduhan, kebakaran kelab malam
Sebuah kelab malam di Papua Barat, Indonesia musnah dalam kebakaran selepas pergaduhan tercetus antara dua kumpulan.
7. Tujuh cedera jet pejuang terhempas
Tujuh anak kapal dilaporkan cedera selepas sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di atas kapal induk pesawat udara.
8. Kecemasan! Khemah pelarian musnah akibat salji, bantuan diperlukan
Musim sejuk dengan salji tebal memusnahkan ratusan khemah pelarian di sekitar Azazz sejak beberapa minggu lalu.
9. Indonesia tetapkan Pemilu, Pilpres 24 Februari 2024
Indonesia bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) secara serentak pada 14 Februari 2024.
10. Diplomasi | Singapura, Indonesia meterai perjanjian bersejarah
Singapura dan Indonesia hari ini menandatangani beberapa perjanjian bagi menangani isu-isu dua hala.
Astro Awani
Tue Jan 25 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Agenda AWANI: Jenayah Perang rejim Zionis ke atas kewartawanan
Pembunuhan wartawan Palestin warga Amerika, Shireen Abu Akleh di Jenin, serta serangan ke atas penduduk Palestin ketika kerandanya sedang dibawa ke tanah perkuburan sekali lagi membuktikan kebiadaban rejim Zionis yang tidak masuk akal. #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com.

Pakistan tingkatkan kawalan keselamatan Imran Khan
Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.

Sukan SEA Hanoi | Peluang skuad memanah compound negara
Khamis nanti bakal menjadi penentu kepada pungutan pingat bagi skuad memanah compaund negara yang layak ke tiga acara utama. Apa peluang untuk negara dalam acara berkenaan..? Bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis yang berada di Hanoi.

COVID-19 | Korea Selatan tawar sokongan penuh buat Pyongyang
Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan memberi sokongan penuh kepada Korea Utara dalam menangani COVID-19, sekiranya Pyongyang memberi respons terhadap tawaran itu. Jelasnya, pintu untuk bantuan kemanusiaan sentiasa terbuka, tidak kira kepentingan politik atau ketenteraan.

COVID-19 | 8 kematian, 392,920 kes baharu di Korea Utara
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengkritik pihak berkuasa atas kelewatan mengagihkan ubat-ubatan, ketika rakyat negara itu dilanda gelombang pertama COVID-19. Pada Isnin, lapan lagi kematian direkodkan, dan 392 ribu dipercayai dijangkiti COVID-19 selepas melaporkan gejala demam.

30 tahun beroperasi, McDonald's tutup operasi di Rusia
Mac lalu, McDonald's mengumumkan penutupan sementara 850 restorannya di negara itu, termasuk di lokasi ikonik, Dataran Pushkin.

Air Pasang | Sebahagian besar pekan Kuala Kedah terjejas
Fenomena air pasang besar luar jangka yang melanda seluruh pekan Kuala Kedah mencetuskan suasana panik penduduk sekitar. Kejadian yang berlaku selama hampir dua jam sejak 12 tengahari tadi, menyebabkan air sedalam 0.5 meter memenuhi jalan raya dan memasuki premis.

Hari Guru | Tanggal 16 Mei cukup bermakna buat pendidik
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat, onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

Hari Guru | Bekas guru besar tokoh Guru Kebangsaan 2022
Bekas guru dari Perlis dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2022 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51.

Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.

Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk beri penghormatan terakhir
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada kira-kira 4.20 petang.

Polis UAE edar juadah berbuka puasa kepada pemandu
Inisiatif itu bertujuan menyediakan juadah berbuka puasa buat pemandu yang tidak sempat sampai ke rumah ketika azan Maghrib.

Lawatan pertama Presiden Syria ke negara Arab
Assad bertemu dengan pemerintah Dubai Sheikh Mohamed bin Rashid Al Maktoum.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelancong lengkap vaksin, walau tanpa dos penggalak boleh masuk ke Abu Dhabi
Syarat kemasukan yang sering berubah-ubah menimbulkan kekeliruan kepada rakyatnya sendiri.

Malaysia kecam serangan terhadap Abu Dhabi
Wisma Putra berkata serangan itu adalah satu bentuk ancaman, dan mereka yang melancarkan serangan harus bertanggungjawab.

Konflik Asia Barat: Houthi dakwa dalang serangan Abu Dhabi
Kenyataan itu dibuat serta disiarkan di televisyen susulan serangan dron yang mengorban tiga nyawa.

Nadal disahkan positif COVID-19 selepas kembali dari Abu Dhabi
Pemain berusia 35 tahun itu mungkin terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Terbuka Australia yang dijadualkan bulan depan.

Mercedes tiada jawapan kepada kelajuan Red Bull
Verstappen memiliki kelebihan hasil sembilan kemenangan pada 2021 berbanding lapan dilakar Hamilton.

NCIA sasar pelaburan US$100 juta dari firma teknologi pertanian UAE
Pure Harvest memiliki kepakaran dalam pertanian pintar untuk menghasilkan tanaman bernilai tinggi pada kualiti premium.