awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecemasan! Khemah pelarian musnah akibat salji, bantuan diperlukan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/01/2022
07:31 MYT
Kecemasan! Khemah pelarian musnah akibat salji, bantuan diperlukan
Musim sejuk dengan salji tebal memusnahkan ratusan khemah pelarian di sekitar Azazz sejak beberapa minggu lalu.
AZAZZ, SYRIA: Musim sejuk dengan salji tebal memusnahkan ratusan khemah pelarian di sekitar Azazz sejak beberapa minggu lalu.
Ratusan keluarga pelarian memerlukan penempatan semula dan khemah baharu untuk menempuh musim sejuk yang dijangka berakhir pertengahan Februari.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa kem pelarian sekitar Azazz mendapati baju sejuk, alat pemanas, selimut dan arang antara keperluan mendesak ketika musim sejuk yang digambarkan sebagai antara yang terburuk pernah melanda di utara Syria.
Salji tebal, hujan dan angin sejuk menambah derita pelarian yang telah terhimpit dengan konflik perang dan krisis ekonomi di negara bergolak ini.
Antara perkara penting perlu dilakukan adalah menempatkan semula pelarian di kawasan selamat, membersihkan jalan-jalan menghubungkan khemah-khemah, keperluan makanan dan harian.
Wartawan Astro AWANI, Afizey Azaman  yang kini berada di Azzaz, Syria bersama sekumpulan kanak-kanak pelarian.
Wartawan Astro AWANI, Afizey Azaman yang kini berada di Azzaz, Syria bersama sekumpulan kanak-kanak pelarian.
Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), seorang kanak-kanak maut dan ibunya parah selepas khemah didiami mereka runtuh akibat salji tebal malah di kem pelarian Zaghrura, Jarablus bayi lelaki maut akibat hiportermia.
Ramai pelarian terutamanya kanak-kanak jatuh sakit kerana tidak mempunyai mempunyai baju sejuk yang lengkap malah ada yang hanya memakai selipar apabila keluar dari khemah.
Menurut badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia For Syria (MFS), sebanyak RM50,000 diperlukan untuk membeli khemah baharu dan bantuan perubatan untuk pelarian.
Sehubungan itu, Pengurusnya, Nur Fareezah Bahar menyeru sokongan berterusan untuk memenuhi keperluan kemanusiaan jutaan rakyat Syria yang menjadi pelarian terutamanya di sekitar utara negara itu.
Layari pautan ini untuk bantu meringankan beban mereka: https://infaksyria.com/donations/musim-sejuk/
Topic Berkaitan
#khemah pelarian
#Syria
#Malaysia For Syria
#bantuan untuk Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan