ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Februari 2022.

1. Harimau mungkin telah pupus di Laos - WWF

Tanpa bukti berekod mengenai harimau di hutan Laos selama hampir sedekad, laporan baharu daripada Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menyatakan haiwan berkenaan kemungkinan telah pupus di negara itu.

2. Bunuh, pancung kepala isteri sebelum jinjing di tengah bandar

Seorang lelaki bertindak membunuh dan memancung kepala isterinya sebelum menjinjingnya di tengah bandar Ahvaz, Wilayah Khuzestan dekat Iran.

3. 7 mayat anggota tentera ditemui maut dalam runtuhan

Tentera India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki.

4. Kes COVID-19 global lepasi 400 juta - Johns Hopkins University

Angka kes global berjumlah 400,244,031, dengan 5,761,208 kematian di seluruh dunia, setakat 5.21 petang waktu tempatan (2221 GMT).

5. Pilihan Raya Presiden | Filipina mula kempen

Filipina secara rasmi memulakan kempen Pilihan Raya Presiden pada Selasa, tiga bulan sebelum pengundian dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan. Pemimpin baharu yang dipilih bakal menerajui negara itu untuk tempoh enam tahun akan datang.

6. Demonstrasi bantah vaksin di sempadan AS-Kanada cetus kebimbangan

Demonstrasi berkenaan dilakukan oleh pemandu-pemandu lori yang membantah mandat vaksin dan sekatan COVID-19 yang lain.

7. Protes Pemandu Lori | White House sudah hubungi Kanada – Psaki

Pentadbiran Presiden Joe Biden telah berhubung dengan pegawai Persekutuan mengenai protes pemandu lori yang berterusan di sempadan Amerika Syarikat–Kanada, kata Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki. 

8. Saya tiada tempat tinggal - Duterte

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mula mengemas barangan miliknya untuk meninggalkan Istana Malacanang lebih awal walaupun penggal pemerintahannya berakhir pada April depan, setelah kempen Pilihan Raya Presiden di negara itu yang dijangka sengit bermula pada Selasa.

9. India sekat saluran TV popular perantau India di wilayah Teluk Arab

Kerajaan India telah mengharamkan saluran televisyen popular berbahasa Malayalam dalam kalangan masyarakat India di negara-negara Teluk Arab yang berasal dari negeri Kerala.

10. Korea Selatan kesal dengan siaran media sosial Hyundai Pakistan - Kementerian Luar India

Korea Selatan menzahirkan rasa kesal terhadap mesej media sosial yang disiarkan oleh rakan kongsi perniagaan automotif Hyundai Motor di Pakistan mengenai isu Kashmir, kata kerajaan India pada Selasa.