ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Februari 2022.
1. Krisis Rusia-Ukraine: Derita Perang Dunia Ke-2 masih dirasai, kini berdepan detik hitam baharu
Kesakitan dan pemulihan Perang Dunia Kedua masih dirasai dan kini rakyat Ukraine perlu sekali lagi terpaksa melalui detik hitam kehidupan mereka. Luahan kekecewaan itu jelas terpancar dari sosok anak kelahiran Kiev, Lidiya Murugan ketika ditemu bual Astro AWANI.
2. Krisis Rusia-Ukraine: Polis pertingkat tahap keselamatan Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur
Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, di sini susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.
3. Perang Rusia-Ukraine | Poland sedia terima pelarian Ukraine
Poland akan membuka sembilan pusat penerimaan pelarian Ukraine di sepanjang sempadannya selepas Rusia menyerang negara berkenaan pada Khamis. Menteri Dalam Negeri Poland, Mariusz Kaminski berkata, Poland juga akan menerima seberapa ramai pelarian yang tiba di sempadan mereka.
4. Krisis Rusia-Ukraine: PM India desak Putin hentikan keganasan di Ukraine
Memetik laporan agensi antarabangsa, Perdana Menteri India, Narendra Modi dikatakan telah berhubung dengan Putin menerusi panggilan telefon bagi menyatakan hasrat itu.
5. Krisis Rusia-Ukraine: Sekatan Barat terhadap Rusia, tidak hentikan keganasan - Zelensky
Memetik laporan agensi berita antarabangsa, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, dunia ketika ini hanya mampu melihat keadaan di Ukraine dari jauh.
6. Zelensky: Dari seorang pelakon komedi, kini menjadi 'presiden perang'
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kini dalam fasa paling genting sejak menyandang jawatan nombor satu itu. Nasib rakyatnya kini bergantung kepada tindakan pantasnya, sejak Rusia mula melancarkan operasi ketenteraan di wilayah pentadbirannya.
7. Gempa Bumi | 6.2 magnitud di Pekan Baru, Sumatera
Gempa berlaku 17KM ke timur laut Pasaman Barat-Sumbar, pada kedalaman 10 kilometer. Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang, Cyberjaya. Bagi mengulas lanjut kita bersama penyampai Kompas TV, Restira My Syahputri.
8. Krisis Rusia-Ukraine: 800 anggota tentera Rusia terbunuh setakat ini - Kementerian Pertahanan Ukraine
Kementerian Pertahanan Ukraine hari ini memaklumkan bahawa kira-kira 800 anggota tentera Rusia terbunuh sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan khas di timur negara itu pada Khamis.
9. Krisis Rusia-Ukraine: Peluru berpandu terus membedil Kiev - Jurucakap kerajaan
Jurucakap kerajaan Ukraine menjelaskan dua peluru berpandu balistik Rusia telah membedil ibu negara Kiev dalam serangan pada Jumaat.
10. COVID-19: Jumlah kes positif global melebihi 430 juta, korban 5.92 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes.
Astro Awani
Fri Feb 25 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.