ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Mac 2022.

1. Arab Saudi anjur persidangan antarabangsa perkhidmatan haji, umrah

Arab Saudi pada Isnin melancarkan persidangan dan pameran antarabangsa yang bertujuan mengumpul cadangan untuk memperkasa perkhidmatan haji dan umrah selari dengan Wawasan 2030 negara itu.

2. Nasib Rohingya | Sambut baik pengisytiharan AS ke atas Rohingya

Pelarian Rohingya di Bangladesh sifatkan pengisytiharan itu patut dibuat lebih awal.

3. Vietnam mahu Malaysia bekal RON95, minat tingkatkan kerjasama industri halal - PM

Malaysia sedia menawarkan kepakaran dan khidmat nasihat kepada Vietnam, termasuk syarikat-syarikat Vietnam yang menyatakan minat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri halal mereka.

4. Serpihan pesawat China Eastern ditemukan

Serpihan pesawat China Eastern yang terhempas di bandar Wuzhou ditemukan pada Selasa. Berdasarkan keadaan di lokasi nahas, peluang untuk menemukan penumpang terselamat semakin tipis.

5. Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama

Sebuah jawatankuasa Senat menggesa pihak polis untuk menjadikan kelima-lima individu yang bersama-sama mendiang pelakon Thailand, Tangmo Nida untuk menjalani ujian poligraf selain dari disoal siasat bagi memberikan petunjuk lanjut alam kematiannya, baru-baru ini.

6. Indonesia tarik balik arahan kuarantin untuk pelancong antarabangsa

Pelancong antarabangsa kini dibenarkan memasuki Indonesia tanpa perlu menjalani kuarantin, namun masih perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19.

7. Malaysia iktiraf sijil vaksinasi Vietnam - PM

Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi meningkatkan aktiviti pelancongan dalam kerjasama pasca pandemik COVID-19 kedua-dua negara.

8. Afghanistan negara paling tidak bahagia di dunia 2022 - Laporan

Afghanistan tersenarai sebagai negara paling tidak bahagia di dunia – bahkan sebelum Taliban berkuasa pada Ogos lalu.

9. Singapura bakal buka kedutaan di Tel Aviv

Singapura akan membuka kedutaan di Tel Aviv, Israel, bagi mengukuhkan hubungan inovasi antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu pada Isnin.

10. Telegram atasi WhatsApp di Rusia

Rakyat Rusia kini lebih ramai menggunakan aplikasi Telegram berbanding WhatsApp, lapor Agensi Anadolu memetik pengendali mudah alih, Megafon.