awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tarik balik arahan kuarantin untuk pelancong antarabangsa

Bernama
Bernama
22/03/2022
05:29 MYT
Indonesia tarik balik arahan kuarantin untuk pelancong antarabangsa
Dasar pengecualian kuarantin akan diperluaskan seluruh negara itu dan syarat kemasukan baharu bakal diumumkan Pasukan Petugas COVID-19 hari ini. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Pelancong antarabangsa kini dibenarkan memasuki Indonesia tanpa perlu menjalani kuarantin, namun masih perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19.
Menteri Pelancongan Sandiaga Uno dalam satu kenyataan berkata dasar pengecualian kuarantin akan diperluaskan seluruh negara dan syarat kemasukan baharu bakal diumumkan Pasukan Petugas COVID-19 hari ini.
Ia susulan kejayaan program percubaan tanpa kuarantin selama dua minggu di Bali, Batam, Bintan dan program gelembung perjalanan sempena MotoGP 2022 di Mandalika, Nusa Tenggara Barat.
Pembukaan semula sempadan memberi nafas baharu kepada sektor perniagaan dan pelancongan serta membolehkan rakyat melancong ke luar negara dan kembali semula tanpa perlu menjalani kuarantin.
Langkah itu juga bertepatan sempena persediaan Indonesia menjelang sidang kemuncak G20 pada November di samping membantu negara mencapai sasaran menarik kunjungan 3.6 juta pelancong asing tahun ini.
Negara keempat paling ramai penduduk dunia itu merekodkan 4,699 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin, turun sedikit berbanding 5,992 kes pada Ahad, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 5,967,182 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong antarabangsa
#Indonesia
#kuarantin
#negatif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan