DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Julai 2022.
Misi diplomatik meminta mereka untuk berada di rumah selepas media tempatan melaporkan penunjuk perasaan sedang berarak menuju ke pejabat perdana menteri meskipun perintah berkurung dilaksanakan.
Perdana Menteri Sri Lanka dilantik pemangku presiden sementara
2. Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku presiden sementara ketika Gotabaya Rajapaksa berada di luar negara.
Selepas kediaman rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa, kini pejabat Perdana Menteri Sri Lanka diserbu penunjuk perasaan. Susulan itu, Ranil Wickremesinghe secara serta-merta menguatkuasakan perintah darurat di seluruh negara.
Polis dan pasukan penyiasat menemukan beberapa lubang kecil dipercayai kesan tembakan di sebuah bangunan kira-kira 100 meter dari lokasi bekas pemimpin Shinzo Abe ditembak.
Ketua Jabatan Polis Jepun, Itaru Nakamura, pada Rabu mengakui kegagalan pihaknya dalam menjalankan tugas melindungi bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin sebulat suara meluluskan resolusi khas untuk meningkatkan kesalinghubungan antara Asia Tengah dan Selatan, dimulakan Uzbekistan selaku pencadang bersama 40 negara lain termasuk Malaysia.
Lapan Ahli Parlimen tersebut yang mahu memimpin parti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri UK yang baharu perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi untuk mara ke pusingan seterusnya.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan semula kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 selain trend peningkatan kes cacar monyet.
Pengurusan kecemasan bandar New York mengeluarkan video baharu yang mengarahkan warga New York mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya bandar itu diserang nuklear.
Pakar meteorologi mengeluarkan amaran haba melampau untuk England dan Wales dengan suhu pada hujung minggu diramalkan melebihi 35 darjah celcius di tenggara England dan 32 darjah celcius di tempat lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami