DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Ogos 2022.
Negara membangun harus lantang dan berani bersuara berhubung isu melibatkan hal ehwal antarabangsa, kata Menteri Luar China Wang Yi.
Empangan runtuh: Gergasi perlombongan Vale didenda US$17 juta
2. Ketua Pengawal Am Kesatuan Brazil (CGU) mengenakan denda berjumlah 86 juta reais Brazil (US$16.8 million) terhadap syarikat perlombongan Vale berikutan kejadian bencana empangan runtuh di perbandaran Brumadinho, Brazil pada 2019.
Kapal Yuan Wang 5 milik China berlabuh di pelabuhan dekat selatan Sri Lanka pada Selasa. Langkah itu dijangka cetuskan kebimbangan negara jiran, India, bahawa China akan menggunakan pelabuhan tersebut sebagai pangkalan tentera.
Perintah darurat diisytiharkan di daerah Fayette dan Kanawha dekat West Virginia, Amerika Syarikat (AS) susulan banjir berikutan hujan lebat. Gabenornya, Jim Justice memaklumkan, ia bagi membenarkan anggota pengawal negara dikerahkan ke kawasan terjejas.
Pemilik kucing di sebuah bandar di Jerman dibenarkan untuk membiarkan haiwan peliharaan mereka itu keluar dari kawasan kediaman buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan, apabila pihak berkuasa membatalkan perintah berkurung khas.
Kira-kira 2.3 juta rakyat Filipina dihimpit kemiskinan antara 2018 dan 2021, menurut Penguasa Statistik Filipina (PSA).
Indonesia berada dalam kalangan lima negara teratas di peringkat global dalam jumlah vaksinasi, dengan 432 juta dos telah diberikan kepada rakyatnya.
Malaysia berdiri teguh bersama-sama rakyat Myanmar dan menyokong gesaan agar pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dibebaskan segera untuk memulakan proses dialog damai dan inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan di negara itu.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese pada Selasa menuduh Scott Morrison telah merosakkan demokrasi. Ia selepas Morrison didedahkan telah dilantik memegang lima jawatan kementerian tanpa pengetahuan kebanyakan Ahli Parlimen lain.
Jelas Mantan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, usaha mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau bersih sifar (Net Zero GHG emissions) adalah tanggungjawab setiap negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami