ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Oktober 2022.

1. Pound British catat kenaikan selepas Liz Truss umum letak jawatan PM

Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

2. Sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh dalam pertempuran di Sudan

Sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh akibat konflik yang tercetus antara beberapa puak di tenggara Sudan sejak dua hari lalu, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan media tempatan.

3. Gempa bumi dengan magnitud 5.1 di wilayah Fukushima Jepun - JMA

Gempa bumi dengan bacaan awal bermagnitud 5.1 melanda Wilayah Fukushima pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik agensi kaji cuaca di sini.

4. Pakistan hargai bantuan China atasi masalah banjir

Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz Sharif mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China yang telah menghantar kumpulan pakar pencegahan banjir ke negara itu.

5. COVID-19 | Masih kekal kecemasan kesihatan global - WHO

COVID-19 masih kekal sebagai kecemasan kesihatan global selepas hampir tiga tahun ia pertama kali diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Agensi Kesihatan PBB itu berkata, negara-negara masih perlu mengekalkan kewaspadaan mereka dan menggesa untuk mendapatkan vaksinasi bagi populasi mereka yang paling berisiko.

6. Sepanyol, Perancis dan Portugal setuju hubungkan saluran paip gas

Saluran paip gas akan dibina menghubungkan Iberia ke Perancis dan seluruh Eropah, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengesahkannya pada Khamis, lapor Xinhua.

7. Pegawai masjid Quebec City lokasi 6 jemaah mati ditembak, gesa undang-undang senjata api dilaksana

Pengasas bersama masjid Bandaraya Quebec tempat enam jemaah terbunuh dalam insiden tembakan maut pada 2017, pada Khamis menggesa penggubal undang-undang Kanada supaya memperketat dan meluluskan rang undang-undang senjata api yang dicadangkan, lapor Agensi Anadolu.

8. 9,065 keluarga setuju pindah secara sukarela dari Taman Arkeologi Angkor - PM Kemboja

Sekurang-kurangnya 9,065 keluarga yang menetap haram di Taman Arkeologi Angkor seluas 401 km persegi telah menawarkan diri untuk ditempatkan semula di kawasan baharu yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat.

9. 'Drama' politik Britain makin hangat, Boris Johnson buat 'comeback'?

Khabar angin tentang kemunculan semula Boris Johnson ke arena politik United Kingdom semakin kencang apabila kumpulan penyokongnya melancarkan kempen "kembalikan Boris" ke jawatan Perdana Menteri.

10. Kos kerugian kubah masjid terbakar di Jakarta lebih RM3 juta

Jumlah kerugian akibat kebakaran sebuah kubah besar Masjid Raya di Pusat Islam, Jakarta Utara pada Rabu lalu dianggarkan lebih 10 bilion rupiah (RM3.03 juta).