ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Oktober 2022.

1. Tragedi Halloween Itaewon: Korea Selatan berkabung kenang mangsa

Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin, ketika Korea Selatan meratapi kematian paling dahsyat akibat rempuhan orang ramai.

2. Tragedi Halloween Itaewon: Angka kematian cecah 154 termasuk 26 warga asing

Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing.

3. Angka kematian akibat jambatan runtuh meningkat kepada 132

Angka kematian akibat jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad meningkat kepada sekurang-kurangnya 132 orang.

4. Pilihan raya Presiden Brazil: Lula da Silva menang tipis ke atas Bolsonaro

Luiz Inacio Lula da Silva memenangi pilihan raya Presiden Brazil dengan menewaskan penyandang Jair Bolsonaro.

5. Ribut Filipina | 18 mayat ditemui di sebalik timbunan banjir lumpur

Mangsa banjir lumpur yang tercetus akibat ribut tropika nalgae di Filipina kebanyakannya ditemui tertimbus oleh piihak berkuasa.

6. 100 maut, 300 cedera dalam kejadian letupan kereta

Sekurang-kurangnya 100 penduduk terbunuh manakala 300 lagi cedera dalam kejadian dua letupan bom di perkarangan bangunan Kementerian Pendidikan di Mogadishu.

7. Tragedi Halloween Itaewon: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan

Rakyat Malaysia di Korea Selatan yang ingin mendapatkan maklumat terkini atau memerlukan bantuan konsular selepas kejadian rempuhan maut di Itaewon, Seoul pada Sabtu boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +8210 8974 8699, menurut kedutaan di Instagram pada Ahad.

8. Tragedi Halloween Itaewon: Polis Seoul terima 355 laporan orang hilang

Pihak berkuasa metropolitan Seoul menerima 355 laporan individu hilang dipercayai menjadi mangsa tragedi rempuhan ketika festival Halloween di Itaewon, Sabtu malam.

9. Wartawan maut digilis trak bekas PM Pakistan ketika buat liputan

Seorang wartawan wanita maut digilis kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan pada Ahad.

10. Richard Branson tolak berdebat dengan menteri Singapura isu hukuman mati

Jutawan British Sir Richard Branson menolak pelawaan Singapura untuk menyertai debat televisyen secara langsung dengan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam mengenai hukuman mati di republik itu.