DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 November 2022.
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos pada Rabu meletakkan empat wilayah di negara Asia Tenggara itu di bawah keadaan bencana akibat ribut tropika Nalgae yang teruk.
Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine
2. Kemboja sedia menghantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine yang dilanda perang, kata perdana menteri negara Asia Tenggara itu.
Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea Sabtu lalu.
4. Tragedi Halloween Itaewon: Parti pemerintah berikrar ambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab
People Power Party (PPP) yang memerintah Korea Selatan pada Rabu berikrar untuk mengambil tindakan ke atas mereka bertanggungjawab selepas pendedahan menunjukkan bahawa polis tidak bertindak walaupun telah menerima banyak panggilan mengenai tahap bahaya bilangan orang ramai pada malam tragedi Itaewon.
Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu balistik (SRBM) jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu, dengan salah satu daripadanya terbang merentasi sempadan maritim dengan Korea Selatan, buat pertama kali sejak berakhirnya Perang Korea 1950-53, menurut tentera Korea Selatan.
Jair Bolsonaro tidak mengiktraf keputusan pilihan raya susulan kekalahannya kepada parti berhaluan kiri Lula da Silva.
Seorang maut dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan pada petang Selasa di Denver, ibu kota negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Jutawan teknologi Amerika Elon Musk mencadangkan pada Selasa bayaran AS$8 sebulan akan dikenakan bagi akaun 'blue tick' Twitter.
Susulan insiden jambatan runtuh di Gujarat, India, polis menahan sembilan individu berhubung kejadian yang berlaku dekat Barat India dan meragut hampir 140 nyawa.
Israel's former premier Benjamin Netanyahu was poised for a dramatic return to power on Wednesday, claiming a "huge vote of confidence" from voters and declaring that his right-wing camp was on the cusp of a resounding election win.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami