ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Disember 2022.

1. Presiden Ukraine gesa Rusia mula undur tentera pada Krismas

Presiden Ukraine pada Isnin menggesa Rusia supaya mula menarik balik tenteranya pada Krismas, lapor Anadolu Agency memetik media tempatan.

2. Palestin minta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan seorang gadis oleh Israel

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin menggesa siasatan antarabangsa dijalankan berhubung pembunuhan seorang gadis Palestin di Tebing Barat.

3. Dua anggota polis maut di Queensland

Pihak polis Queensland Australia pada Selasa berkata bahawa siasatan berhubung kematian ramai orang termasuk dua pegawainya dalam insiden tembakan di negeri itu sedang dijalankan.

4. Tunjuk perasaan mengganas, rakyat Peru gesa PRU segera

Rasa tidak puas hati rakyat Peru masih berlarutan di seluruh negara Amerika Selatan itu.

5. Letupan San Antonio: Mayat keempat ditemui

Pihak berkuasa menemui mayat keempat yang maut dalam kejadian letupan di kawasan pembinaan di San Antonio pada Ahad.

6. Raja Charles III berkongsi kad pertama Krismas sebagai Raja Britain

Keluarga diraja Britain pada Ahad berkongsi kad ucapan sempena Krismas yang menampilkan wajah Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camelia, lapor UPI.

7. Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Brussels

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir selaku Wakil Khas Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) yang berlangsung buat julung kalinya di Brussels, Belgium, pada 14 Dis.

8. Puluhan penerbangan di UK terpaksa digantung akibat cuaca buruk

Semua penerbangan digantung di Lapangan Terbang Stansted, United Kingdom (UK) selepas landasannya terpaksa ditutup akibat cuaca buruk.

9. Umrah | Lebih 4 juta visa dikeluarkan Arab Saudi

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi semalam umum pengeluaran lebih empat juta visa kepada jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan, sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 hijrah. Kementerian itu dengan kerjasama beberapa sektor lain melaksanakan pengeluaran visa berkenaan bagi memudahkan ketibaan jemaah, menerusi imbasan biometrik e-visa serta platform 'Nusuk'.

10. Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat

Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0, pada pusingan suku akhir Piala Dunia 2022, Sabtu lalu.