ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Disember 2022.

1. PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan beliau telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart (Parti Bangsa Thai Bersatu) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan sebelum Mei tahun depan.

2. Rundingan tidak rasmi mengenai Myanmar tumpu kepada bantuan kemanusiaan, 5PC

Rundingan tidak rasmi mengenai Myanmar yang diadakan di Bangkok pada Khamis, antara lain menumpukan kepada bantuan kemanusiaan serta meneroka pendekatan lain yang boleh menyokong pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC).

3. Ribut salji landa AS, 4,400 penerbangan dibatalkan

Lebih 4,400 penerbangan dibatalkan dalam tempoh dua hari selepas ribut salji melanda Amerika Syarikat ketika lapangan terbang mula sibuk menjelang musim cuti Krismas.

4. Salji lebat di Jepun korbankan lapan nyawa

Sekurang-kurangnya, lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera ketika salji lebat melanda Jepun, kata pegawai.

5. Bawah paras beku... Korea Selatan dilanda cuaca paling sejuk

Korea Selatan menyaksikan hari paling sejuk pada Jumaat pada musim sejuk kali ini dengan suhu -13.6 darjah Celsius dicatatkan di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.

6. Pesawat Qantas dari Singapura ke London mendarat cemas di Azerbaijan

Sebuah pesawat syarikat penerbangan Australia, Qantas, melakukan pendaratan cemas di Baku Azerbaijan, lapor media pada Jumaat.

7. COVID-19: India laksana ujian saringan secara rawak di lapangan terbang

India mula laksana ujian saringan COVID-19 secara rawak terhadap penumpang antarabangsa yang tiba di lapangan terbang negara itu, pada Khamis.

8. Kerajaan Jepun lulus kit ujian kesan penyakit Alzheimer

Kerajaan Jepun meluluskan kit ujian darah mendiagnosis penyakit Alzheimer yang menyaksikan satu kemajuan yang jarang berlaku dalam menangani penyakit menjejaskan puluhan juta penduduk di seluruh dunia.

9. Konflik Afghanistan | Pelajar wanita bantah keras tindakan Taliban

Sekumpulan pelajar wanita di Afghanistan mengadakan protes bagi membantah tindakan kerajaan taliban yang menyekat akses mereka daripada mendapatkan hak pendidikan.

10. Lebih separuh tumbuhan dan haiwan di Antartika mungkin pupus akibat perubahan iklim

Lebih separuh spesies asli Antartika berkemungkinan pupus menjelang akhir abad ini andai kadar pemanasan global berterusan, menurut penyelidikan terkini yang diterbitkan pada Khamis.