INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Januari 2023.
Pusat Perintah Epidemik Taiwan (CECC) melaporkan 25,063 jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa termasuk 560 kes import dengan 26 kematian.
17 terbunuh dalam protes antikerajaan di Peru
2. Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam protes terbaharu antikerajaan di Peru, menurut pejabat ombudsman rasmi Amerika Selatan lewat Isnin.
China pada Selasa mengumumkan penggantungan perkhidmatan visa jangka pendek untuk rakyat Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap peraturan kemasukan COVID-19 Seoul.
Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula Da Silva, mendesak tentera bertindak untuk mententeramkan keadaan susulan insiden pencerobohan Istana Presiden, Mahkamah Agung dan Kongres.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan O-Cha memberi bayangan berkhidmat sepenggal lagi di bawah parti baharu bagi meneruskan tugas yang belum selesai. Pemimpin Junta berusia 68 tahun itu telah menerajui negara sejak rampasan kuasa pada 2014 dan kemudian dipilih sebagai Perdana Menteri pada 2019.
Penduduk di kawasan pantai di wilayah timur Maluku, Indonesia bertindak melarikan diri ketika amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda kawasan itu awal Selasa.
Duta Besar Amerika Syarikat ke Brazil yang baharu, Elizabeth Bagley semalam mengangkat sumpah jawatan di hadapan Naib Presiden Kamala Harris. Upacara berlangsung ketika mana negara Amerika Selatan itu dilanda rusuhan ganas terhadap pentadbiran Washington.
ASEAN menggesa tentera Myanmar atau Tatmadaw supaya melaksanakan Konsensus Lima Perkara "dengan segera dan sepenuhnya", kata Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
Singapura telah mendapat peruntukkan 900 kuota rasmi bagi musim haji 2023, umum Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam republik itu, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menurut kenyataan kesatuan GMB, lebih 10 ribu pekerja ambulans dijangka mogok pada Rabu seperti yang dirancang selepas rundingan dengan Menteri Kesihatan, Steve Barclay gagal membuahkan hasil sebaliknya menemui jalan buntu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami