DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mac 2023.
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih pertama di hadapan Kaabah, bermula malam Khamis.
PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
2. Parti pembangkang utama Thailand, Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai, susulan polisi mereka yang lebih mesra dengan aspirasi golongan berkenaan.
Polis Thailand menembak mati seorang suspek lelaki yang melepaskan tembakan menyebabkan tiga orang terbunuh manakala tiga yang lain cedera termasuk seorang pegawai polis, di wilayah Phetchaburi hari ini.
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.
Rusia akui ia kini di ambang risiko perang nuklear yang tertinggi dalam tempoh beberapa dekad.
Parlimen Sweden pada Rabu meluluskan usul untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Puluhan ribu rakyat California berdepan bekalan elektrik terputus dengan amaran pemindahan susulan kejadian ribut yang melanda.
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada Rabu (22 Mac) menaikkan kadar faedah sebanyak suku mata peratusan, menjadikannya di ambang antara 4.75 hingga 5 peratus, teringgi sejak 2007.
Dua pegawai pentadbir sekolah ditembak seorang pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah tinggi Denver, Amerika Syarikat (AS) pagi Rabu.
Puluhan bot dilaporkan musnah dalam kebakaran besar di fasiliti penyimpanan bot pada Rabu di Seattle, Amerika Syarikat (AS).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami