awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2023
15:54 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mac 2023.
1. Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini
Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.
2. Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter
British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.
3. Jerman hantar kereta kebal Leopard ke Ukraine
Jerman akhirnya menghantar kereta kebal tempur Leopard yang dijanjikan ke Ukraine, memberikan Kyiv senjata berat yang sangat diperlukan bagi menentang Rusia.
4. Indeks kualiti udara di utara Thailand cecah tahap bahaya
Kualiti udara di utara Thailand melepasi tahap bahaya pada Isnin berikutan pembakaran ladang pertanian. Beberapa bahagian Chiang Rai merekodkan Indeks Kualiti Udara setinggi 582, iaitu 124 kali lebih tinggi berbanding had antarabangsa.
5. Parlimen Hungary lulus bidaan Finland sertai NATO
Parlimen Hungary pada Isnin meluluskan bidaan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
6. Biden mahu undang-undang reformasi senjata lebih ketat
Presiden Amerika Syarikat gesa Kongres luluskan undang-undang reformasi senjata lebih ketat susulan insiden seorang wanita membunuh 6 orang termasuk 3 kanak-kanak di sebuah sekolah di Nashville, Tennessee.
7. Bas melanggar jambatan, 20 jemaah umrah terbunuh
Seramai 20 jemaah umrah terbunuh sementara 29 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.
8. Insiden tembakan sekolah Nashville: Biden arah bendera AS dikibar separuh tiang
Insiden tembakan pada Isnin menyebabkan enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
9. AS: Penyerang sekolah Kristian Nashville dikenal pasti sebagai Audrey Hal
Hale dikenal pasti sebagai lelaki transgender dan dipercayai pernah bersekolah di sekolah Kristian itu.
10. Operasi SAR mangsa tanah runtuh di Ecuador diteruskan
Pasukan mencari dan menyelamat masih bertungkus lumus mencari mangsa tanah runtuh di Ecuador yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, dan mencederakan 16 yang lain.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Disney
#NATO
#Thailand
#tanah runtuh
#Ukraine
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan