Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 April 2023.

1. Donald Trump mengaku tidak bersalah 34 dakwaan jenayah di New York

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan jenayah.

2. Trump berucap buat kali pertama selepas pendakwaan

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata satu-satunya jenayah yang pernah dilakukannya ialah "tanpa gentar" mempertahankan AS dan menyifatkan "kes palsu" yang dikenakan terhadapnya semata-mata untuk mengganggu pilihan raya presiden AS 2024.

3. "Amerika bakal ke neraka" - Donald Trump 'serang' Joe Biden

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ‘menyerang’ penggantinya iaitu Presiden terkini AS, Joe Biden, dengan kata-kata “negara itu bakal ke neraka".

4. PBB mahu penjelasan Taliban mengenai larangan wanita bertugas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Taliban memberikan penjelasan mengenai larangan ke atas kakitangan wanita badan dunia itu daripada bertugas di Afghanistan.

5. Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan

Lebih 15 juta meter persegi (3,700 ekar) tanah di Libya tercemar dengan sisa bahan letupan dan periuk api, menurut kenyataan Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Libya (UNSMIL) pada Selasa.

6. UK denda TikTok AS$16 juta kerana daftar kanak-kanak bawah umur 13 tahun

Pengawal selia maklumat United Kingdom (UK) mengenakan denda GBP12.7 juta (hampir AS$16 juta) ke atas TikTok kerana melanggar undang-undang perlindungan data, termasuk membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun menggunakan platform media sosialnya dan memproses data mereka tanpa persetujuan ibu bapa.

7. Colombia naikkan tahap amaran kemungkinan letusan gunung berapi Nevado del Ruiz

Gunung berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di Colombia diletakkan di bawah amaran jingga berikutan kemungkinan risiko letusan.

8. Korea Utara anjur persidangan kesatuan wartawan buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun

Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun menganjurkan persidangan kesatuan wartawan dan menggesa ahlinya menjadi "jurucakap yang setia" kepada Parti Pekerja yang memerintah.

9. Polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa sebelum masuk waktu Subuh

Polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

10. Finland secara rasmi sertai NATO

Finland secara rasmi jadi anggota terbaharu NATO.