Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Julai 2023.

1. Semakan fakta di platform Threads belum dilaksanakan - Eksekutif Meta

Josh Machin memberitahu jawatankuasa Parlimen di Australia bahawa pihaknya masih belum memutuskan waktu yang tepat bagi pelaksanaan semakan fakta di platform Threads.

2. Perkhidmatan Rahsia AS akan sampaikan taklimat kepada Kongres tentang penemuan kokain di White House

Pada 2 Julai, serbuk putih ditemui di White House dan ujian awal mendapati bahan itu mengandungi kokain.

3. Jokowi jangka pelaburan akan tingkatkan trafik di Lapangan Terbang Kertajati

Sehingga 28 Mei 2023, Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati berfungsi sebagai pusat pelepasan jemaah haji dan umrah di Jawa Barat.

4. Helikopter bawa 6 penumpang terhempas di Nepal

Helikopter malang milik Manang Air itu terputus hubungan 15 minit selepas berlepas dari Surke di daerah Solukhumbu ke Kathmandu.

5. China gesa Asean bantah pelepasan air loji Fukushima Jepun - Laporan

China menggesa negara anggota ASEAN membantah rancangan Jepun melepaskan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima yang dilanda bencana.

6. Ukraine akan sertai NATO selepas perang dengan Rusia tamat - Zelensky

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky melahirkan keyakinan bahawa negaranya akan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas peperangan dengan Rusia berakhir.

7. Sidang kemuncak NATO berlangsung di Vilnius, Lithuania

Ia akan mengambil langkah penting dengan menerima pakai tiga rancangan pertahanan serantau baharu bagi menentang dua ancaman utama kepada NATO - Rusia dan keganasan.

8. Suhu panas melampau sekali lagi landa selatan Sepanyol

Amaran merah iaitu tahap tertinggi telah diisytihar di wilayah Andalusia yang menempatkan bandar utama Seville dan Cordoba itu.

9. Gunung berapi meletus di Iceland

Letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku kira-kira 16.40 waktu tempatan pada Isnin.

10. Puluhan migran diselamatkan, 2 lagi bot dikesan

Pengawal Pantai mengumumkan bahawa 86 orang, termasuk enam wanita dalam keadaan kurang sihat telah diselamatkan daripada bot.