awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2023
15:56 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Julai 2023.
1. Seorang lagi hakim ICC dalam senarai dikehendaki Rusia
Tomoko Akane dalam senarai dikehendaki kerana mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Rusia Vladimir Putin.
2. Korea Selatan guna kaedah 'paling ketat' kesan radiasi dalam makanan laut Jepun
Kerajaan Korea Selatan mengguna pakai kaedah paling ketat untuk mengesan kemungkinan radiasi dalam import makanan laut dari Jepun bagi memastikan tiada kesan bahan berbahaya akan dibenarkan.
3. Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun
Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun, dengan amaran strok haba dikeluarkan untuk kesemua atau sebahagian daripada 35 wilayah, daripada keseluruhan 47 wilayah, kata Agensi Meteorologi Jepun.
4. Tentera Israel tembak mati kanak-kanak Palestin di Tebing Barat
Tentera Israel menembak dan membunuh seorang kanak-kanak Palestin dalam serbuan ke atas bandar Qalqilya di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu malam.
5. ChatGPT didenda AS$2,829 dedah maklumat peribadi 687 pengguna di Korea Selatan
Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi (PIPC) Korea Selatan mengenakan denda sebanyak 3.6 juta won ke atas ChatGPT, OpenAI kerana mendedahkan maklumat peribadi 687 pengguna.
6. Pemilik Tottenham berdepan dakwaan bocor maklumat sulit
Pejabat Peguam AS bagi Daerah Selatan New York mendakwa Lewis dengan 16 pertuduhan penipuan sekuriti dan tiga pertuduhan konspirasi.
7. 3 maut kebakaran hutan di Greece
Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah treler berhampiran Volos, manakala suaminya cedera parah.
8. Kevin Spacey bebas tuduhan serangan seksual
Para juri di Mahkamah Southwark Crown mendapati Spacey tidak bersalah atas sembilan pertuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki.
9. Islamofobia semakin berleluasa di Eropah
Mereka akui kesal dengan kejadian bakar al-Quran tetapi tidak dapat menghalangnya kerana wujud peraturan melindungi kebebasan bersuara.
10. Penyanyi legenda Sinead O'Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun
Berita pemergian pelantun lagu 'Nothing Compares 2 U' itu diumumkan ahli keluarganya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Rusia
#strok haba
#Vladimir Putin
#Korea Utara
#Israel
#Jepun
#Al-Quran
#kebakaran hutan
#Palestin
#New York
#Greece
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan