ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Ogos 2023.

1. Thaksin batal hasrat pulang ke Thailand 10 Ogos

Hasrat bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk kembali ke negara itu minggu depan ditangguhkan sehingga kerajaan pimpinan Pheu Thai berkuasa.

2. Rampasan kuasa di Niger: Presiden dakwa dijadikan 'tebusan'

Presiden Niger Mohamed Bazoum dalam op-ed di The Washington Post mendakwa beliau telah dijadikan tebusan oleh tentera yang merampas kuasa dan meminta Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa membantu mengembalikan kerajaan berperlembagaan di negara itu, lapor Sputnik.

3. Perubahan iklim jadikan Julai bulan terpanas di bumi pada 2023

Lebih 6.5 bilion orang atau empat daripada setiap lima orang di Bumi akan mengalami cuaca yang sangat panas sepanjang hari pada bulan Julai, berikutan kesan perubahan iklim, menurut kajian terbaharu.

4. Anggota ASEAN setuju bangun bandar raya mampan

Gabenor dan datuk bandar negara anggota ASEAN pada Rabu menandatangani deklarasi bersama bagi menggalakkan pembangunan bandar raya mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau ini.

5. Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan

Pihak berkuasa China memindahkan lebih 1.2 juta penduduk susulan hujan lebat yang melanda wilayah Hebei.

6. 18 maut, 22 cedera bas terhumban ke dalam gaung di Mexico

Sebuah bas penumpang terhumban ke dalam gaung di negeri Nayarit di barat laut Mexico awal pagi Khamis, mengorbankan 18 orang.

7. Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm

Seorang wanita kelahiran Iran membakar senaskah al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm, kini di bawah perlindungan polis, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Anadolu pada Khamis.

8. Donald Trump mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah di mahkamah Washington DC pada Khamis atas tuduhan cuba membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya AS pada 2020.

9. 14 cedera dirempuh, diserang lelaki berpakaian serba hitam di Seoul

Sekurang-kurangnya 14 individu cedera selepas diserang seorang lelaki di ibu negara Korea Selatan, Seoul pada Khamis.

10. Inflasi di Britain terus beri tekanan kepada penduduk

Isi rumah di United Kingdom terus berdepan tekanan inflasi tinggi meskipun Bank of England telah meningkatkan kadar faedah untuk menangani kos sara hidup.