Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 17, 2023 15:57 MYT
Ogos 17, 2023 15:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Ogos 2023.
Penyanyi kelahiran Indonesia, Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke 78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis.
Kebakaran hutan yang memusnahkan bandar bersejarah Lahaina di Maui itu mencatat angka kematian tertinggi dalam tempoh lebih seabad dalam sejarah moden AS.
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
Switzerland tidak lagi mengeluarkan dan mengesahkan sijil vaksinasi COVID-19 mulai 1 Sept di bawah sistem yang dilaksanakan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun 2021.
Sebagai hab kewangan global, Singapura kekal terdedah kepada risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan (ML/TF) transnasional.
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Lebih 6,000 pasukan keselamatan dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk memastikan ketenteraman awam.
Jepun pada Khamis mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar.
Mulai September, pemandu EV di Texas perlu bayar caj tambahan AS$200 setiap tahun untuk mendaftar kenderaan mereka.
Angka kematian akibat hujan sejak tiga hari lalu di negeri utara Himachal Pradesh, India meningkat kepada 71, menurut seorang pegawai kanan pengurusan bencana pada Rabu.