ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 September 2023.

1. Hubungan China-ASEAN model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya - PM China

Perdana Menteri China Li Qiang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya dan dinamik, susulan hasil usaha bersama pelbagai pihak.

2. 103 pesawat tentera China dikesan berhampiran Taiwan, tertinggi pernah direkod

Angkatan bersenjata Taiwan mengesan 103 pesawat China dan sembilan kapal berhampiran pulau itu dalam tempoh 24 jam lalu, yang menunjukkan rekod baharu sejak kebelakangan ini, lapor Sputnik, memetik Kementerian Pertahanan Taiwan pada Isnin.

3. Marrakesh mula terima pelancong selepas gempa bumi

Bandar purba Marrakesh di Maghribi mula menerima kedatangan semula pelancong, lebih seminggu selepas gempa bumi kuat yang meragut ribuan nyawa.

4. Kim Jong-Un dihadiahkan jaket kalis peluru, dron ketika meninggalkan Rusia

Kim Jong-Un menerima hadiah jaket kalis peluru dan dron sebagai hadiah perpisahan ketika pemimpin Korea Utara itu mengakhiri lawatannya ke Rusia, iaitu pertemuan yang telah mencetuskan kebimbangan di Barat.

5. Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin

Aktivis iklim "Last Generation" bertindak menghalang lalu lintas di beberapa kawasan di Berlin pada Isnin, seterusnya memulakan gelombang protes yang berterusan bagi menuntut penggunaan bahan api fosil dihentikan.

6. Lebih 260 ditahan di Iran semasa ulang tahun pertama kematian Mahsa Amini

Pihak berkuasa keselamatan Iran menahan lebih 260 orang ketika sambutan ulang tahun pertama kematian Jina Mahsa Amini pada Sabtu, menurut media tempatan.

7. Sporadic protests continue in Iran as Mahsa Amini anniversary passes

Sporadic protests continued in Iran on Sunday amid a widespread crackdown by security forces a year after a young Kurdish woman's death in custody set off some of the worst political unrest in four decades.

8. S. Korea opposition leader hospitalised after hunger strike, prosecutors seek arrest

South Korea's main opposition leader was hospitalised on Monday, days into a hunger strike in protest against government policies, while prosecutors sought an arrest warrant for him over corruption allegations.

9. Libyan flood survivors weigh water shortages against landmine risk

People whose homes were swept away by flooding in Libya's eastern city of Derna a week ago faced the dilemma on Sunday of whether to stay and risk infection or flee through areas where landmines have been displaced by the torrents.

10. Erdogan bertemu Elon Musk di New York

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk di New York City pada Ahad, menjemputnya ke Turki dan memintanya membuka kilang ketujuh Tesla di sana.