ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 September 2023.
1. Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg
Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia Kedua seberat 100 kilogram hari ini.
2. Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.
3. Musim tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa
Musim tengkujuh Guatemala telah meragut 32 nyawa manakala 16 lagi dilaporkan hilang, lapor Xinhua, memetik Koordinator Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana (Conred) pada Isnin.
4. Kanada gesa rakyatnya 'berwaspada' ketika kunjungi India
Kanada memberi amaran kepada pelancong pada Isnin supaya "berwaspada" jika pergi ke India kerana hubungan kedua-dua negara semakin merosot susulan kes pembunuhan seorang pemimpin Sikh-Kanada.
5. Filipina alih 'penghalang' diletak China di Laut China Selatan
Filipina melaksanakan 'operasi khas' untuk mengalihkan penghalang terapung yang dipasang China di kawasan penangkapan ikan utama di Laut China Selatan.
6. AS ada dana bantu Ukraine untuk tempoh beberapa minggu sahaja - Rumah Putih
Amerika Syarikat (AS) mempunyai dana mencukupi untuk bantuan ketenteraan ke Ukraine untuk tempoh beberapa minggu, tetapi bantuan selanjutnya mungkin terjejas berikutan kemungkinan penutupan kerajaan, lapor Sputnik, memetik Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby, pada Selasa.
7. Rusia didakwa seksa tahanan Ukraine dengan kejam
Rusia didakwa menyeksa rakyat dan tahanan dari Ukraine dengan kejam sehingga menyebabkan beberapa individu maut.
8. Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Rusia menyenaraikan Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Piotr Hofmanski dalam senarai dikehendaki negara itu, lapor Xinhua, memetik laporan media tempatan pada Isnin.
9. Jepun luluskan ubat Alzheimer yang dibangunkan oleh Eisai, Biogen
Kementerian kesihatan Jepun pada Isnin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai Co. dan firma Amerika Syarikat Biogen Inc.
10. Lego 'hentikan projek' guna botol minuman kitar semula
Lego telah menghentikan projek penghasilan produknya menggunakan botol minuman kitar semula - dengan menyatakan bahan baharu itu akan menyebabkan pelepasan karbon lebih tinggi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Astro Awani
Tue Sep 26 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.