awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanyakan hospital, pusat kesihatan di Gaza hampir lumpuh

Bernama
Bernama
07/11/2023
20:02 MYT
Kebanyakan hospital, pusat kesihatan di Gaza hampir lumpuh
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt. - Gambar fail REUTERS
BAITULMUQADDIS: Ketika serangan Israel ke atas Gaza memasuki sebulan, kebanyakan hospital dan pusat penjagaan kesihatan terpaksa menutup operasi disebabkan dibom atau akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.
Tentera penceroboh Israel melakukan sekurang-kurangnya 102 serangan ke atas pusat penjagaan kesihatan sejak tercetusnya pertempuran di wilayah yang dikepung pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
WHO berkata serangan itu mengakibatkan 504 maut, 459 cedera, kerosakan pada 39 kemudahan dan menjejaskan 31 ambulans.
Agensi kesihatan PBB itu juga menggesa "orang awam dan pusat penjagaan kesihatan dilindungi".
Menurut pejabat media Gaza, hanya 18 hospital yang masih beroperasi tetapi dalam keadaan yang sangat sukar akibat kehabisan bahan api dan bekalan perubatan.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita, terbunuh sejak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#serangan Israel
#hospital lumpuh
#pusat kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan