Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 November 2023.
Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India pada Ahad.
Di seluruh dunia pada Sabtu menyaksikan orang ramai berhimpun sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin sambil menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Selepas 26 tahun beroperasi, sebuah restoran yang mempunyai bintang Michelin di Belfast, Ireland Utara, bakal ditutup kerana kos yang semakin meningkat, baik untuk pelanggan mahupun pengusaha restoran.
Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.
Presiden Indonesia Joko Widodo mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza iaitu gencatan senjata segera, mempercepat bantuan kemanusiaan, mempertanggungjawabkan Israel ke atas kekejaman yang dilakukan dan menyokong penyelesaian dua negara dengan menyambung semula rundingan damai.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Sabtu berkata sebanyak 53 trak bantuan tambahan memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui lintasan sempadan Rafah.
SYARIKAT penerbangan China Southern Airlines berkata pihak mereka akan menghormati penjualan tiket berharga semurah RM6.45 semasa gangguan teknikal yang berlaku selama dua jam pada aplikasi dan platform tempahan tiket, minggu lalu.
Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab dan Negara Islam pada Sabtu meluluskan ketetapan menuntut Israel serta merta menamatkan keganasan ke atas Semenanjung Gaza selain menolak tindakan melancarkan perang atas sebab mempertahankan diri atau bagi mewajarkannya atas apa jua alasan.
Perdana Menteri Israel mengeluarkan amaran yang tegas kepada pasukan Hezbollah dari Lubnan agar jangan sesekali melakukan kesilapan dan menyebabkan tercetus satu lagi episod peperangan.
Benjamin Netanyahu menolak seruan antarabangsa agar gencatan senjata segera dilakukan, sebaliknya, berazam untuk terus memberi tekanan dan sekali gus melawan musuhnya, Hamas di Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

