Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 November 2023.
Sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang dibina dengan dana Indonesia kini ditutup kerana kekurangan bekalan, selepas beberapa hari cuba menyelamatkan operasi dengan bergantung pada panel solar, minyak masak dan bantuan sukarelawan, yang kini tidak dapat dihubungi.
2. Malaysia akui kejayaan resolusi UNSC babitkan konflik Palestin-Israel
Malaysia mengakui kemajuan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai konflik Palestin-Israel pada 15 Nov.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
Afghanistan mengecam serangan berterusan Israel di Palestin yang disifatkan sebagai "kekejaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini".
Ia selaras Artikel 25 Piagam PBB dan merupakan langkah pertama yang mesti diikuti dengan tindakan konkrit ke arah pemberhentian segera permusuhan.
Perancis turut menggesa pihak berkuasa Israel melindungi rakyat Palestin daripada keganasan.
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.
Terowong baharu dibuat bagi mengeluarkan pekerja yang sebahagiannya dilaporkan telah jatuh sakit.
Anwar juga dijadual menghadiri Dialog Majlis Perniagaan APEC dengan Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan Kamala Harris.
Kedua-dua negara akan memperincikan bagaimana proses bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Myanmar melalui China dapat dilaksanakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

