DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 November 2023.
1. Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt
Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt lepas mencecah 50 orang manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.
2. Gaza: Tentera Israel bom sekolah tempat penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal
Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
3. 28 bayi pramatang dipindahkan dari Gaza ke Mesir
Sebanyak 28 bayi pramatang dipindahkan dari hospital terbesar di Gaza dibawa ke Mesir untuk rawatan segera pada Isnin.
4. Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian
Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian pada Isnin.
5. Turki pastikan isu senjata nuklear Israel dalam agenda global
Turki tidak akan membenarkan isu senjata nuklear Israel digugurkan daripada agenda global.
6. Qatar gesa bentuk jawatankuasa antarabangsa siasat jenayah Israel di Gaza
Kementerian Luar Qatar pada Isnin menggesa pembentukan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.
7. AS kenakan larangan perjalanan terhadap dua tentera Rusia
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengenakan larangan perjalanan ke atas dua pegawai tentera Rusia yang dituduh "terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia" di timur Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
8. Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Negara-negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menentukan pendirian Malaysia dalam menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman zionis Israel.
9. Myanmar serah 31,000 suspek penipuan telekomunikasi kepada China
Seramai 31,000 suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan dari Myanmar ke pusat tahanan China setakat ini, umum Kementerian Keselamatan Awam China pada Selasa.
10. Bekas CEO OpenAI sertai Microsoft
Microsoft pada Ahad mengumumkan syarikat itu melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman dan pengasas bersama Greg Brockman untuk mengetuai pasukan penyelidik AI Microsoft.