ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Disember 2023.


1. Sidang ASEAN-Jepun: PM akan bangkitkan isu perubahan iklim, perjanjian ekonomi, Palestin

Penyertaan Anwar bersama pemimpin ASEAN lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun dianggap sangat signifikan.



2. Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis

Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya.


3. Sekatan baharu EU sasar berlian Rusia

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pakej sekatan ke-12 ke atas Rusia susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.


4. 14 Ahli Parlimen digantung kerana 'gagal mengawal kelakuan'

Parlimen India menggantung 14 Ahli Parlimen pada Khamis kerana didapati "gagal mengawal kelakuan" semasa dewan sedang bersidang.


5. Kemboja akan lancar kad e-Ketibaan untuk semua pengembara tahun depan

Kad e-Ketibaan akan menggantikan pelbagai borang yang diperlukan semasa ketibaan.


6. China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim

Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.


7. Beijing: 102 penumpang cedera dalam kemalangan tren subway

Pihak berkuasa perbandaran mengarahkan pasukan penyiasat menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian.


8. Israel perlu perhebat langkah lindungi orang awam - Joe Biden

Biden berkata, Israel perlu perhebatkan langkah melindungi rakyat awam, tanpa mengabaikan fokus ke atas pejuang kebebasan Palestin iaitu Hamas.


9. Situasi di Gaza makin meruncing, huru-hara - Agensi Makanan PBB

Operasi bantuan kemanusiaan berada di ambang kehancuran dan sukar untuk memastikan operasi ini dapat berjalan dengan lancar berdasarkan situasi terkini.


10. Ratusan rakyat Kenya dipindah akibat banjir

Kenya Utara paling teruk terjejas di mana puluhan ribu orang kehilangan ternakan, tanah ladang dan rumah akibat banjir.