ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Disember 2023.


1. Ukraine lapor 12 maut, 75 cedera dalam serangan Rusia

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 75 lagi cedera di Ukraine akibat serangan besar-besaran Rusia.



2. Korea Selatan perkenal visa 'workation' untuk warga asing berpendapatan tinggi

Pelancong dengan visa itu tidak boleh diupah atau terlibat dalam sebarang aktiviti mengaut keuntungan sepanjang tinggal di Korea Selatan.


3. Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan

Taliban yang berdepansekatan PBB kerana keganasan tidak lagi dianggap sebagai organisasi yang diharamkan di Kazakhstan.


4. India sedia AS$2.5 juta kepada UNRWA untuk kebajikan pelarian Palestin

Ia bertujuan menyokong program dan perkhidmatan teras UNRWA, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan dan perkhidmatan sosial untuk pelarian Palestin.


5. UNRWA beri amaran 40 peratus penduduk Gaza diancam kebuluran

UNRWA mengulangi amaran bahawa kawasan yang terkepung itu bergelut dengan isu kelaparan yang dahsyat.


6. Bulan Sabit Merah Palestin kutuk serangan berhampiran Hospital Al-Amal

Insiden terbabit menyebabkan 10 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 21 lagi cedera.


7. Setiausaha Agung PBB seru perpaduan sempena tahun baharu 2024

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam perutusan tahun baharu menggesa semua pihak merenungi cabaran dan ujian yang dihadapi tahun lalu.


8. Ibu muda Palestin lahirkan kembar empat ketika perang sengit

Iman diminta segera meninggalkan hospital bersama tiga bayinya manakala seorang lagi meninggal dunia kerana terlalu lemah.


9. EPL: Brighton benam Tottenham 4-2

Perlawanan itu berkesudahan The Seagulls menewaskan Spurs dengan jaringan 4-2.


10. Kontroversi VAR iringi kekalahan Arsenal

Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Mikel Arteta di Stadium Emirates pada musim ini.