ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Februari 2024.


1. Wanita Palestin luah kisah dihina, dianiaya tentera Israel

Wanita Palestin berkongsi kisah dianiaya fizikal dan mental selepas Israel menahannya di Gaza.



2. 'Biarlah kami mati di tanah air kami' - Rakyat Palestin

Kebimbangan dan panik semakin meningkat dalam kalangan rakyat Palestin yang mencari perlindungan di pekan paling selatan di Gaza, Rafah.


3. 10 kanak-kanak Palestin terima rawatan di Itali

Sejumlah 10 kanak-kanak Palestin yang cedera dibawa ke Itali bersama penjaga mereka untuk menerima rawatan hospital di Rome pada Jumaat.


4. Ada dua ijazah, kuasai tiga bahasa tapi susah dapat kerja

Seorang wanita di New York, Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa sedih dan kecewa di laman media sosial apabila sukar mendapatkan pekerjaan.


5. Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan

Sekurang-kurangnya dua penyokong Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) bekas Perdana Menteri Imran Khan terbunuh dalam pertempuran dengan polis di bandar barat laut Shangla.


6. Mangsa gempa Turki diami 'bandar kontena'

Lebih 689,000 daripada kira-kira tiga juta penduduk hilang tempatan tinggal, setahun selepas gempa berkekuatan 7.8 skala Richter meranapkan sebahagian besar kawasan selatan Turki.


7. Sekurang-kurangnya dua maut dalam nahas jet peribadi Florida

Sebuah jet peribadi dinaiki lima orang penumpang terhempas di di Interstate 75 berhampiran Naples, di pantai barat daya Florida.


8. Penduduk Lahore rai kemenangan dua pemimpin

Dua bekas Perdana Menteri Pakistan dan pesaingnya Nawaz Sharif dan Imran Khan mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya meskipun dicemari penangguhan keputusan dan serangan militan pada Jumaat.


9. Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”

Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar (AMIN) membanjiri Jakarta International Stadium (JIS) di sini bagi menghadiri Kampanye Akbar (kempen terakhir) pada Sabtu.


10. Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna AI dakwa kemenangan dalam pilihan raya

Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.