ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Februari 2024.


1. Israel nafi akses 51 peratus misi bantuan dirancang ke utara Gaza

ISRAEL nafi akses lebih separuh misi dirancang agensi kerja dan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) serta rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini.



2. Netanyahu enggan berundur dari Gaza

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa menghalang sebarang usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

3. “Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO

Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.


4. Israel mahu dakwa imam Masjid Al-Aqsa

Israel bakal memfailkan dakwaan terhadap imam di Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri yang dikatakan menghasut, lapor Agensi Anadolu.


5. Presiden Joe Biden batal hutang pelajar

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden umum pentadbirannya bakal membatalkan hutang pelajar bernilai AS$1.2 bilion melibatkan 153,000 individu yang layak.


6. Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.


7. Risiko tanah runtuh akibat hujan lebat di Bolivia

Hujan lebat di Bolivia menyebabkan kejadian tanah runtuh di sepanjang tepi sungai yang melimpah di La Paz.


8. Parlimen Britain 'bertempur' seru gencatan senjata Gaza

Sekumpulan Ahli Parlimen United Kingdom (UK) menyeru gencatan senjata dalam perang Israel ke atas Gaza.


9. Biskop Australia Christopher Saunders didakwa merogol

Biskop Australia, Christopher Saunders didakwa atas tuduhan merogol dan beberapa dakwaan seks lain terhadap kanak-kanak


10. Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal

Aliran bantuan yang masuk ke Gaza dari Mesir hampir kering sejak dua minggu lalu dan kemerosotan dalam keselamatan telah menyukarkan pengagihan makanan.