ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.


1. Trump dijangka terima pencalonan Republikan selepas keputusan pemilihan pendahuluan

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara tidak rasmi telah memperoleh cukup sokongan perwakilan untuk menjadi calon presiden bagi Parti Republikan dalam pilihan raya presiden AS.



2. Pilihan Raya AS: Biden peroleh cukup perwakilan untuk jadi calon presiden Demokrat

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.


3. AS umum pakej senjata AS$300 juta kepada Ukraine

Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan satu lagi pakej bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Ukraine bernilai sehingga AS$300 juta pada Selasa selepas berbulan-bulan memberi amaran bahawa tiada wang yang tinggal.


4. Aktivis Amerika Syarikat, Shaun King peluk Islam pada hari pertama Ramadan

Aktivis dan penulis yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi termasuk gerakan Black Lives Matter, Shaun King mengumumkan memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 2024.


5. Misteri 'kehilangan' Kate Middleton, spekulasi dan teori konspirasi penuhi media sosial

Daripada wajah Kate Middleton yang 'diambil' daripada muka depan majalah lain, kepada keanehan pada pakaian anak-anaknya, gambar Hari Ibu yang dikeluarkan Istana Kensington pada Ahad, membuatkan spekulasi semakin rancak diperkatakan.


6. Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin

Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis atau al-Quds.


7. 14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel

Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel, kata PCRS, lapor Sputnik.


8. Peningkatan pemburuan haram badak sumbu, NGO bantu biak 2,000 ekor

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) African Parks dijangka akan membiak lebih 2,000 ekor baka badak sumbu putih, susulan peningkatan kes pemburuan haram badak sumbu putih di Afrika Selatan.


9. Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi

Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkapalan Bangladesh, Mohammad Maksud Alam.


10. Kepala bayi tertinggal dalam rahim ibu, bidan dipersalahkan

Seorang ibu muda berusia 25 tahun berdepan pengalaman pahit apabila bayinya meninggal dunia.