ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 April 2024.
1. Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia
Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.
2. Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
3. Serangan udara Israel bunuh 14 orang awam Palestin menjelang Aidilfitri
Serangan udara Israel ke atas bangunan kediaman di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza membunuh 14 orang pada petang Selasa, menurut jurucakap Hospital Syahid Al-Aqsa, Dr Khalil Al-Dikran.
4. Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand dijangka menerima lebih 10 juta pelancong dari negara-negara ASEAN tahun ini, susulan pelancaran projek "ASEAN + India Shoppers in Thailand".
5. Netanyahu lancar perang di Gaza atas dasar "kepentingan peribadi" - Bekas PM Israel
Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert percaya penggantinya Benjamin Netanyahu menjalankan pakatan pemerintahannya dan peperangan di Gaza atas "dasar kepentingan peribadi" dan untuk terus berkuasa, lapor portal berita CNN.
6. Israel masih belum beritahu AS bila akan ceroboh Rafah, kata Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, sekutunya Israel masih belum memaklumkan kepada AS tarikh pencerobohan mereka ke atas Rafah.
7. "Tiada kuasa di dunia" akan hentikan operasi Israel di Rafah, kata Netanyahu
Benjamin Netanyahu menegaskan, "tiada sebarang kekuatan di dunia" yang akan menghalang tentera Israel daripada menceroboh Rafah di selatan Gaza untuk menghapuskan pasukan pejuang Hamas yang didakwa berkubu di situ.
8. Simon Harris dipilih Perdana Menteri baharu Ireland
Ahli Parlimen Ireland mengundi menyokong pencalonan pemimpin Parti Fine Gael, Simon Harris sebagai Perdana Menteri baharu negara itu berbanding 69 ahli menentang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
9. 15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India.
10. China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
Astro Awani
Wed Apr 10 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.