ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Julai 2023.


1. Tiada masalah air, elektrik di Istana Presiden IKN - Jokowi

Selain air dan elektrik, presiden juga memaklumkan rangkaian internet di Istana Presiden IKN juga berfungsi dengan lancar.



2. Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media

Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang menjalani latihan sebagai pemimpin, memetik agensi berita Yonhap.


3. Rusia bincang mengenai keselamatan Eurasia dengan Malaysia

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata bahawa beliau membincangkan cadangan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai keselamatan Eurasia dengan pemimpin Malaysia pada Ahad.


4. Jokowi namakan Pejabat Presiden di Nusantara sebagai Istana Garuda

Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah menamakan bangunan Pejabat Presiden di Ibu Kota Nusantara (IKN), Penajam Paser Utara (PPU) sebagai Istana Garuda, manakala Istana Presiden di IKN akan dikenali sebagai Istana Negara.


5. Maduro menang pilihan raya presiden Venezuela

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 51.2 peratus undi selepas 80 peratus undian selesai diproses, menurut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela, Elvis Amoroso pada Isnin.


6. Jurulatih Priestman mohon maaf atas insiden dron intip

Priestman dihantar pulang pada Rabu selepas dipercayai merakam sesi latihan New Zealand menggunakan dron dalam dua kejadian berasingan.


7. Operasi lapangan terbang Beirut dihentikan susulan peningkatan ancaman Israel

Penerbangan dari petang 28 Julai dan seterusnya pigantung, menurut paparan maklumat pelepasan dan ketibaan di lapangan terbang itu pada Ahad.


8. Olimpik Paris: Kerja pembaikan rel Perancis selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat

Syarikat kereta api Perancis pada Ahad mengumumkan bahawa kerja-kerja pembaikan landasan kereta api yang rosak akibat kebakaran telah selesai.


9. Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup

Pengundi di luar pusat pilihan raya menuntut untuk masuk ke lokasi untuk menyaksikan kiraan undi.


10. Rusia halang kelajuan YouTube hingga 70% mulai minggu ini

YouTube didakwa gagal tarik semula halangan ke atas saluran media milik Rusia dan enggan halang kandungan yang didakwa menyebar berita palsu.