INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 April 2025.
Malaysia dan Indonesia wajar melihat tahap hubungan dua hala kedua-dua negara perlu dipertingkatkan melalui kerjasama strategik dalam pelbagai bidang perdagangan dan sosio ekonomi .
Satu majlis pelepasan konvoi ASEAN Unity Drive 2025 diadakan di Jakarta, sebagai simbol integrasi ASEAN, mempromosikan mobiiti hijau serta memajukan inovasi di Asia Tenggara.
Patrick Crusius dari Amerika Syarikat, yang didakwa melepaskan tembakan di sebuah pasar raya Walmart di Texas pada 2019 sehingga mengorbankan 23 orang, mengaku bersalah atas tuduhan bunuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan salam takziah atas pemergian bekas Wanita Pertama Singapura Noor Aishah Mohammad Salim, 91, yang meninggal dunia hari ini.
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, China telah melabur berbilion dolar untuk membina program angkasa yang mampu menyaingi Amerika Syarikat dan Eropah.
Pentadbiran Trump telah membekukan dana RM11 bilion kepada Harvard serta mengancam untuk tarik balik status pengecualian cukai universiti tersebut.
Allahyarham Noor Aishah menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun.
Presiden Ukraine bersedia untuk sebarang bentuk rundingan dalam usaha menghentikan peperangan dengan Rusia.
HMM dilengkapi 20 katil dan wad, bilik pembedahan, ICU, radiologi, makmal dan menawarkan kepakaran dalam pembedahan am dan ortopedik.
Ehud Barak beri amaran jika Benjamin Netanyahu tidak disingkirkan segera, Israel bakal berdepan ancaman kewujudan yang serius.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami