DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.
Kira-kira 140,000 orang berkumpul di sekitar Dataran St Peter di Vatican bagi menghadiri upacara pengebumian Pope Francis, menurut agensi berita Itali, ANSA, pada Sabtu.
Bilangan pengunjung ke Ekspo Dunia di Osaka mencecah 1.02 juta orang pada Jumaat, hari ke-13 acara itu berlangsung, lapor Agensi Berita Kyodo memetik penganjur.
Amerika Syarikat dan Iran dijadual mengadakan rundingan nuklear pusingan ketiga di Negara Teluk, Oman pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pakistan terbuka untuk menyertai sebarang siasatan neutral dan telus berhubung serangan pengganas yang berlaku di Jammu dan Kashmir, kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sumbangan bekas Ketua Gereja Katolik dan Ketua Negara Kota Vatican, Pope Francis bukan sahaja kepada penganut agama tersebut, tetapi juga kepada keamanan dunia.
Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan akan menarik balik keputusan membatalkan status sah lebih 1,200 pelajar antarabangsa di tengah-tengah cabaran undang-undang, lapor Xinhua.
Iran menawarkan diri sebagai pengantara dalam menyelesaikan ketegangan antara India dan Pakistan susulan serangan yang mengorbankan 26 nyawa di Kashmir yang ditadbir India.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong membuat rayuan peribadi kepada rakyat negara itu agar memilih calon yang mengutamakan negara dan rakyat, serta pasukan terbaik yang mampu memimpin Singapura menghadapi ketidaktentuan global.
Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bersetuju untuk mencapai kemajuan "segera dan bermakna" ke arah perdagangan yang "saling memahami dan seimbang" dalam satu mesyuarat dua hala di Washington pada Khamis, menurut Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR).
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di ibu negara Itali untuk menghadiri majlis pengebumian Paus Francis, dalam lawatan rasmi luar negara pertamanya sejak memulakan penggal kedua, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami