DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 April 2025.

1. Jejak Al-Haramain: Jemaah tanpa visa haji bakal diusir, didenda dan disenarai hitam

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif berkata, kerajaan Arab Saudi telah memperketatkan peraturan yang melarang individu menunaikan haji tanpa visa yang sah.

2. Pengundi Kanada kembalikan Parti Liberal ke tampuk pemerintahan

Rakyat Kanada pada Isnin memilih untuk mengembalikan Parti Liberal ke tampuk pemerintahan bagi tempoh empat tahun lagi.

3. Tentera Udara Korea Selatan diperiksa selepas dua insiden kesilapan juruterbang

Langkah itu diambil susulan insiden pengeboman tidak sengaja di kawasan awam dan pelepasan pod senjata dari pesawat akibat kesilapan juruterbang.

4. Jet pejuang tentera laut AS 'hilang' selepas terjatuh ke Laut Merah

Sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan "hilang" di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.

5. Brazil desak pengunduran tentera Israel dari Gaza pada sidang kemuncak BRICS

Mesyuarat BRICS diadakan sebagai tindak balas terhadap langkah unilateral Amerika Syarikat dan konflik global.

6. Ketua Pelarian PBB: Majlis Keselamatan 'gagal secara kronik' cegah perang

"Mencegah dan menghentikan peperangan -- menegakkan keamanan dan keselamatan -- itulah mandat Majlis Keselamatan."

7. Sekolah 'sorok' kes guru cabul 20 murid selama lebih 3 tahun

Kes tersebut terbongkar selepas seorang murid tahun dua memberitahu ibu bapanya bahawa dia menjadi mangsa cabul oleh guru berkenaan.

8. Genap sebulan gempa landa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah

Ribuan mangsa masih berlindung di khemah sementara di beberapa lokasi di negara itu.

9. Bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal mula pulih

Kejadian ini menjadi peringatan tentang betapa pentingnya kestabilan sistem tenaga dalam kehidupan seharian.

10. Putera William, Kate kembali ke Scotland rai ulang tahun perkahwinan

Pasangan diraja ini memilih untuk melawat Kepulauan Mull dan Iona, kawasan yang penuh dengan keindahan semula jadi.


#berita pilihan #berita luar negara #berita antarabangsa #Berita AWANI