DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Mei 2025.
1. PM Australia yang dipilih semula Albanese akan lawat Indonesia, Malaysia, Kanada
Albanese mengumumkan rancangan untuk mengadakan lawatan diplomatik ke Indonesia, Malaysia dan Kanada dalam beberapa minggu akan datang.
2. PBB desak pemimpin dunia supaya hantar makanan ke Gaza
Gesaan itu dinyatakan dalam kenyataan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pada Isnin.
3. Pasukan Khas MERCY Malaysia tamatkan misi kemanusiaan ke-5 di Gaza
MERCY Malaysia mengesahkan Pasukan Khas Rawatan Kelima (SCT 5) telah selamat menamatkan misi kemanusiaannya di Gaza yang berlangsung selama sebulan, bermula 27 Mac hingga 26 April 2025.
4. Gempa bumi Myanmar: Kerja pembersihan 80 peratus selesai di Mandalay
Kerja-kerja pembersihan bangunan yang rosak akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas kini hampir 80 peratus selesai di Mandalay.
5. Gangguan besar perkhidmatan tren laju Sepanyol akibat kes 'kecurian kabel terancang'
Ramai penumpang terkandas dalam perjalanan pulang ke selatan dari Madrid selepas cuti hujung minggu panjang dan sambutan Hari Ibu di Sepanyol.
6. Keadaan di Gaza sangat menggerunkan, tiada lagi bekalan makanan - Amnesty International
Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard menggesa semua pihak antarabangsa khususnya Kesatuan Eropah (EU) agar mengambil langkah tegas menghentikan tindakan genosid oleh Israel.
7. Australia, New Zealand tekad lindungi industri perfileman susulan ancaman tarif Trump
Menteri Kesenian Australia, Tony Burke berkata kerajaan tidak memandang ringan terhadap cadangan Trump.
8. Lawatan Xi diyakini terus perkaya konotasi penyelarasan strategik China, Rusia - MFA
Xi dan Putin telah mencapai persepakatan untuk bersama-sama menegakkan pandangan betul terhadap sejarah Perang Dunia II.
9. Indonesia catat 38 kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Tengah setakat 4 Mei
Menurut BNPB, daerah Sukamara merekodkan kawasan terbesar yang terjejas dengan 6.90 hektar, diikuti Barito Utara dengan 4.01 hektar.
10.Trump sedia lanjutkan tarikh akhir penjualan TikTok selepas 19 Jun
TikTok dihentikan operasinya di AS pada 19 Jan 2025, tetapi akses dipulihkan 12 jam kemudian.
Dapatkan berita terkini di sini