INTERNATIONAL
Trump sedia lanjutkan tarikh akhir penjualan TikTok selepas 19 Jun

Trump (foto) akan melanjutkan tarikh akhir untuk ByteDance menjual aset TikTok di AS jika tiada perjanjian dicapai menjelang 19 Jun. -Gambar fail
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan melanjutkan tarikh akhir untuk syarikat China, ByteDance bagi menjual aset TikTok di AS sekiranya tiada perjanjian dicapai menjelang 19 Jun, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Donald Trump akan melanjutkan tarikh akhir untuk ByteDance menjual aset TikTok di AS jika tiada perjanjian dicapai menjelang 19 Jun.
- TikTok dihentikan operasinya di AS pada 19 Jan 2025, tetapi akses dipulihkan 12 jam kemudian.
- Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan larangan TikTok selama 75 hari pada hari pertama beliau memegang jawatan, dan melanjutkan tempoh tersebut lagi pada 4 April.
TikTok dihentikan operasinya di AS pada 19 Jan 2025 selaras dengan undang-undang yang memaksa perkhidmatan itu ditamatkan jika tidak dijual kepada syarikat Amerika.
Namun, hanya 12 jam kemudian, akses kepada aplikasi itu dipulihkan.
Trump menandatangani perintah eksekutif pada hari pertama beliau memegang jawatan yang termasuk penangguhan larangan itu selama 75 hari, dan melanjutkan tempoh tersebut selama 75 hari lagi pada 4 April.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami